CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1322|Reply: 6

[Sarawak] Covid19 06/07/2021

[Copy link]
Post time 6-7-2021 07:21 PM | Show all posts |Read mode


Hari ini terdapat 286 kes baharu COVID-19 dikesan. Sejumlah 199 atau 69.58 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima (5) buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Subis, Miri, Sibu dan Bintulu.

Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah

Kuching (85),

Subis (50),

Miri (32),

Sibu (21),

Bintulu (11),

Saratok (11),

Serian (11),

Song ( 8 ),

Asajaya ( 8 ) ,

Sri Aman (7),

Kapit (7),

Bau (5),

Bukit Mabong (5),

Telang Usan (5),

Tatau (4),

Samarahan (4),

Kanowit (3),

Sarikei (2),

Tanjung Manis (2),

Simunjan (1),

Selangau (1),

Meradong (1),

Beluru (1)

Lundu (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 67,271.

Daripada 286 kes baharu yang dilaporkan, seramai 29 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 236 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin.

Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada;
• 153 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (7 kes bergejala);
• 82 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (kes tidak bergejala);
• 31 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (3 kes bergejala);
• 19 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan;
• 1 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ) (kes tidak bergejala)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2021 07:22 PM | Show all posts
Alhamdulillah ...
makin kurang dah ...
moga makin turun dan turun ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 07:27 PM | Show all posts
Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 421 orang.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 08:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 08:03 PM | Show all posts


ades ...
napa n9 makin tinggi ...
moga cepat la reda



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2021 08:26 PM | Show all posts
Hari ini, Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM 4,000 kepada Tuai Rumah Panjang Sigi, Sungai Sentubu, Sarikei di atas kesalahan menyambut Perayaan Hari Gawai di ruai rumah panjang tersebut dengan kehadiran tetamu dan menyukarkan penjarakan fizikal.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengeluarkan sebanyak 67 kompaun dimana 53 kompaun individu dan 14 kompaun perbadanan untuk pelbagai kesalahan pelanggaran SOP di bawah Akta 342 sepanjang tempoh 27 Jun 2021 sehingga 03 Julai 2021 menjadikan kumulatif kompaun yang dikeluarkan bermula 11 Mac 2021 ialah sebanyak 303 kompaun.

Antara kesalahan yang dikompaun adalah seperti berikut:
i. Enggan menjalani perintah kuarantin di bawah Seksyen 14 (2)
ii. Aktiviti pusat hiburan (3)
iii. Tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (9)
iv. Aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal (2)
v. Individu gagal memakai pelitup muka (3)
vi. Individu gagal mendaftar masuk premis (2)
vii. Lain-lain kesalahan S.O.P yang tidak tersenarai di atas (Individu) (32)
viii. Pemilik premis gagal melaksanakan penjarakan fizikal (1)
ix. Pemilik premis gagal menyediakan QR Code MySejahtera dan buku
Pendaftaran masuk premis (4)
x. Majikan gagal memastikan kapasiti kehadiran pekerja (4)
xi. Lain-lain kesalahan SOP yang tidak tersenarai di atas (Perbadanan)

Sekretariat

Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Sarawak




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2021 09:33 AM | Show all posts
syukur kes makin turun
kch nait?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.504490 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list