CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 855|Reply: 0

[Sarawak] Program vaksinasi Bintulu cecah 6,000 dos sehari

[Copy link]
Post time 5-7-2021 08:42 PM | Show all posts |Read mode
Program vaksinasi Bintulu cecah 6,000 dos sehari

LAWATAN… Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom bersama JPBB Bintulu mengadakan lawatan ke PPVIN Kelab Kidurong Bintulu pada Khamis.


BINTULU: Program vaksinasi di Bahagian Bintulu kini mencecah kapasiti lebih 6,000 dos dalam sehari.

Menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, dengan jumlah tersebut, proses vaksinasi untuk bahagian itu akan dapat diselesaikan dalam tempoh yang disasarkan.

“Berdasarkan perancangan, kita dijangka dapat menyelesaikan ini (vaksinasi) pada hujung bulan Ogos.

“Bagi Bintulu, kapasiti kita adalah sekitar 6,600 dos sehari yang mana ia mencukupi untuk menyelesaikan jumlah yang kita perlu berikan,” katanya kepada pihak media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Kelab Kidurong Bintulu semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena memaklumkan, program jangkauan pasukan bergerak turut giat dilakukan di kawasan pedalaman bagi memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam proses vaksinasi.

“Bagi mereka yang tinggal di Daerah Sebauh sehingga ke Tubau, Jelalong, Pandan, Binyok dan seterusnya, ia akan diliputi tidak lama lagi.

“Ini dilakukan kerana apa yang kami dapati adalah mereka mempunyai masalah untuk mendaftar menggunakan MySejahtera atau mereka terpaksa pergi ke pekan untuk pendaftaran.

“Oleh itu, kita perlu pergi ke sana yang mana kita menggunakan sistem hibrid iaitu kita suntik kita daftar supaya nama mereka dimasukkan dalam senarai data,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG & PETRONAS LNG 9 Sdn Bhd, Mohamed Syazwan bin Abdullah @ Laga Jenggi dan Pengurus Besar Kanan, PETRONAS Carigali Sdn Bhd-Sarawak Gas, Peter Majid Tandom serta Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr. Melvin Chung.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.055589 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list