CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1340|Reply: 4

[Sarawak] Lelaki ditahan selepas disyaki bakar rumah sendiri, positif dadah

[Copy link]
Post time 5-7-2021 08:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-7-2021 12:11 PM

Lelaki ditahan selepas disyaki bakar rumah sendiri, positif dadah


Keadaan rumah suspek yang dipercayai dibakar olehnya sendiri dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Emplam, pada Ahad.


SARATOK: Seorang lelaki ditahan apabila dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kebakaran sebuah rumah di Kampung Emplam, Kabong pada Ahad.


Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mordani Tanin berkata, suspek berusia 28 tahun terbabit yang merupakan penghuni rumah berkenaan, ditahan pada hari yang sama.

"Dalam kejadian tersebut, beberapa orang kampung telah nampak suspek telah bertindak membakar rumahnya sendiri dengan cara membakar tilam.

"Ketika kejadian, suspek dipercayai tinggal seorang diri sahaja di rumah tersebut. Berikutan itu, suspek ditangkap untuk membantu siasatan berkaitan dengan kejadian tersebut," kata Mordani ketika dihubungi media, hari ini.


Dalam kejadian pada jam 10.20 pagi pada Ahad, satu laporan diterima berkaitan kejadian kebakaran di Kampung Emplam.

Kejadian tersebut telah menyebabkan rumah jenis tidak kekal dua tingkat terbabit musnah sepenuhnya.

Dalam masa yang sama juga, bahang kebakaran dari rumah berkenaan turut menyebabkan tiga buah rumah yang terletak bersebelahan dan belakang rumah berkenaan mengalami kerosakan pada tahap 10 peratus.

Menurut Mordani, ketika ditahan dan soal siasat awal dijalankan, suspek tidak mengaku membakar rumahnya sendiri dan bertindak sangat agresif ketika disoal.

"Suspek dipercayai dalam pengaruh dadah dan ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah.

"Berikutan itu, kes suspek akan disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api.

"Proses permohonan tahanan reman akan dilakukan pada petang hari ini," ujar Mordani lagi.


utusan borneo 2021-07-05T15:22:21+08:00



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
"wa bakar sendiri punya rumah...pon salah ke???Itu kalo...wa bakar lu punya rumah la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 08:38 PM | Show all posts
Skuau replied at 5-7-2021 12:27 PM
"wa bakar sendiri punya rumah...pon salah ke???Itu kalo...wa bakar lu punya rumah la...

bahaya ni.. hari ni bakar rumah sendiri.. esok2?
haaa mau jiran2 tak lena tido
ni pun dah kena rumah jiran2



Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 5-7-2021 08:38 PM
bahaya ni.. hari ni bakar rumah sendiri.. esok2?
haaa mau jiran2 tak lena tido
ni pun dah kena r ...

ya..sb dadah(lg)...ada bdk kat kampung sy dlu...penagih curi dan jual barang kemas kakak dia.Ayah dan kakak dia hubungi dan minta polis tangkap dia...x pasti samada dia msh kat penjara atau pemulihan skrng ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 09:09 PM | Show all posts
Skuau replied at 5-7-2021 12:55 PM
ya..sb dadah(lg)...ada bdk kat kampung sy dlu...penagih curi dan jual barang kemas kakak dia.Ayah  ...

kes curi selalunya 2-3 tahun jer dipenjaraso family tu kena hadap ler ada anak mcm tu

aku mau jer cakap kasar tapi itulah..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.672013 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list