CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1215|Reply: 3

[Sarawak] Covid-19 05/07/2021

[Copy link]
Post time 5-7-2021 07:53 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 424 kes baharu di Sarawak, Miri tertinggi




KUCHING: Sarawak merekodkan 424 kes baharu COVID-19 hari ini dengan 318 atau 75 peratus daripadanya dikesan di daerah Miri, Kuching, Telang Usan, Meradong dan Sibu.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Miri merekodkan kes tertinggi iaitu 120 diikuti Kuching (92), Telang Usan (40), Meradong (34), Sibu (32), Sri Aman (19) dan Kanowit (14).

Lain-lain kes direkod di Selangau (8), Bintulu (8), Sarikei (7), Mukah (7), Bau (7), Tatau (6), Kabong (5), Bukit Mabong (5), Subis (4), Samarahan (4), Kapit (3), Serian (3), Lundu (2), Julau (1), Belaga (1), Song (1) dan Saratok (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 66,985.

“Daripada 424 kes baharu yang dilaporkan, seramai 22 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 380 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS berkata, tiada kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak kekal 419 orang.

Mengulas lanjut mengenai kes positif di daerah Miri, JPBNS berkata, sebanyak 113 kes atau 94.17 peratus adalah kes yang dikesan melalui saringan bersasar ke atas pekerja-pekerja di sebuah kilang papan lapis di Kuala Baram.

Daripada 113 kes tersebut, katanya, seramai 107 terdiri daripada bukan warganegara  dan enam adalah warganegara Malaysia (Sarawak).

“Kuarters pekerja kilang tersebut diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 1 hingga 15 Julai 2021 melibatkan kira-kira 210 orang penduduk bagi tujuan mengekang perebakan jangkitan.

“Kluster Industri 121, Kuala Baram yang melibatkan kes-kes dari kilang tersebut juga diisytiharkan,” katanya.

Tambahnya, notis perintah tutup premis selama 14 hari iaitu dari 5 hingga 19 Julai 2021 dan kompaun berjumlah RM10,000 dikeluarkan kepada pengurusan kilang terbabit.

“Kompaun yang dikenakan atas kesalahan gagal memastikan bilangan pekerja kurang 50 peratus mengikut kebenaran yang diperolehi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu, terdapat 322 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Manakala jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di  Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,037 orang.


utusan borneo 2021-07-05T18:14:59+08:00


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2021 07:55 PM | Show all posts
Tiga kluster COVID-19 baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengisytiharkan tiga lagi kluster COVID-19 di negeri ini dengan satu daripadanya merupakan kluster tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini memaklumkan Kluster Industri 121 Kuala Baram, Miri dikesan melibatkan kuarters pekerja sebuah kilang papan lapis di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Baram, Miri.

Menurutnya, 221 individu disaring, 132 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks melibatkan 125 bukan warganegara dan enam rakyat negeri ini dan 60 kes negatif, manakala 29 lagi masih menunggu keputusan makmal.

"Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Miri dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di daerah Miri bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," jelasnya.

"Dua kluster lain adalah kluster komuniti iaitu Kluster Sungai Sebetan, Saratok dan Kluster Sega, Bau.

"Kluster Sungai Sebetan dikesan melibatkan sebuah rumah persendirian dan sebuah rumah panjang terletak di Batu 5, Jalan Engkudu-Peligong, Sungai Sebetan, Saratok," katanya.

JPBNS berkata 101 individu disaring, 45 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 55 lagi negatif dan satu masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Saratok, Hospital Betong dan PKRC di daerah Betong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut, tambahnya.

Menjelas mengenai Kluster Sega Bau, JPBNS berkata dikesan melibatkan beberapa keluarga dari rumah berlainan di Kampung Sega, kawasan Serumbu, Bau.

" 61 individu telah disaring, 17 kes tdikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 28 kes negatif dan16 kes masih menunggu keputusan makmal.

"Kesemua kes positif COVID-19 ini dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut," tambahnya.

Sementara tu, JPBNS melaporkan JKNS mengisytiharkan dua kluster tamat iaitu Kluster Hulu Spaoh, Betong dan Kluster Jalan Airport, Miri setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari.

Jumlah kluster yang masih aktif pula  98 kluster, 12 daripadanya merekodkan penambahan kes baharu sebanyak 238 manakala 86 kluster tidak merekodkan penambahan kes, tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 07:56 PM | Show all posts
PKPD libatkan lima kawasan termasuk tiga rumah panjang

KUCHING: Lima lagi kawasan termasuk tiga rumah panjang di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, tiga rumah panjang itu melibatkan Rh. Kunjang Sembayang Ban, Tanjung Bijat, Sri Aman; Rh. Dunggau, Mendas, Saratok dan Rh. Tapoi, Sungai Setajam, Sarikei.

Manakala dua lagi kawasan yang dikenakan PKPD ialah Bilik Sewa Atas Kedai Lau Hoi Chew, Parkcity Commercial Centre dan Bilik Sewa Atas Kedai V-12, Assyakirin Commercial Centre yang masing-masing di Bintulu.

“PKPD bagi Bilik Sewa Atas Kedai Lau Hoi Chew berkuat kuasa dari 4 hingga 17 Julai dan PKPD bagi Bilik Sewa Atas Kedai V-12 bermula 4 hingga 18 Julai.

“Sementara PKPD bagi Rh. Kunjang Sembayang Ban bermula 5 hingga 18 Julai 2021; Rh. Dunggau, Mendas, (6 hingga 19 Julai 2021) dan Rh. Tapoi, Sungai Setajam, Sarikei (6 hingga 22 Julai 2021),” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBNS turut memaklumkan lanjutan tempoh PKPD melibatkan tiga kawasan di negeri ini.

“Antaranya ialah Kuarters Pekerja Balingian Power Generation (BPG), Jalan Sibu-Mukah, Mukah dari 7 hingga 14 Julai 2021; Rh. John, Sg Minus Jakar, Sarikei (7 hingga 8 Jun 2021) dan Rh. Edmund, Sg. Baji, Sarikei (8 hingga 9 Julai 2021).

Sementara itu, 12  kawasan yang dikenakan PKPD sebelum ini akan ditamatkan pada 6 Julai 2021.

Kawasan itu melibatkan Rh. Sandai, Sungai Mapai, Kanowit; Rh. Salim Unang, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu; Rh. Judy Kudi, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu; Rh. Mathew Merang, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu; Rh. Daggang Ujang, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu dan Rh. Lait Ijang, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu.

Turut akan menamatkan PKPD pada tempoh sama ialah Rh. Chandi Kilau, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu; Rh. Putit Jugah, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu; Rh. Sadin Jeli, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu; Rh. Mador Rendah, Sungai Rassau, Batang Igan, Matu; Rh. Alat Mukan, Mukah dan Mukah Palm Oil Mill (MPOM), Mukah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 07:56 PM | Show all posts
Daerah Kabong kini berstatus jingga

KUCHING: Daerah Kabong hari ini telah bertukar ke status jingga daripada kuning setelah merekodkan 24 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ini sekali gus menjadikan jumlah daerah berstatus jingga meningkat kepada tiga daerah.

“Selain Kabong, daerah lain yang berstatus jingga ialah Simunjan dan Matu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daerah Tanjung Manis pula kata JPBNS, telah bertukar ke status kuning daripada merah setelah merekodkan hanya 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus kuning sebanyak 10 dan jumlah daerah berstatus merah telah berkurang kepada 26 daerah.

“Manakala, satu daerah iaitu Daro kekal berstatus hijau,” katanya.

Mengenai notis kompaun, JPBNS berkata, polis Sarawak mengeluarkan sebanyak 42 kompaun di daerah Kuching (25), Miri (5), Sibu (5), Bintulu (4), Serian (1), Padawan (1) dan Lawas (1) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan sejak 18 Mac 2020 hingga hari ini sebanyak 8,810 kompaun.

Manakala, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak pula mengeluarkan 10 kompaun di bawah seliaan pelbagai pihak berkuasa tempatan (PBT) atas kesalahan melanggar SOP.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan oleh PBT sejak 1 Februari 2021 hingga hari ini adalah sebanyak 1,234 kompaun,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.353132 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list