CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1896|Reply: 3

Ga In kantoi, ambil dadah kerana depresi

[Copy link]
Post time 5-7-2021 12:37 PM | Show all posts |Read mode

GA IN
Ga In kantoi, ambil dadah kerana depresi

PENYANYI kumpulan Browned Eyed Girls, Ga In berdepan denda sebanyak sejuta won (RM3,000) selepas didapati bersalah menggunakan ubat terlarang bagi mengatasi masalah kemurungan dihidapinya.

Dia dikatakan melakukan perbuatan tersebut antara Julai hingga Ogos 2019 selepas seorang pakar pembedahan plastik yang dijatuhkan hukuman penjara kerana menjual sejenis ubat tidur kepada beberapa orang pesakit, termasuk Ga In.

Sedangkan undang-undang di Korea Selatan hanya membenarkan penggunaan propofol atau ubat tidur ketika menjalankan pembedahan dan bukannya untuk tujuan peribadi.
Agensi Mystic Story menerusi satu kenyataan tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan bahawa tindakan penyanyi itu menggunakan propofol disebabkan masalah kesihatan mental dialaminya.

“Ga In mengakui bahawa tindakannya bukan perkara yang betul. Kami memohon maaf sekiranya perkara ini menimbulkan kerisauan kepada peminat.

“Sebelum ini, dia mengalami kemurungan yang teruk selain masalah gangguan tidur. Tetapi dia telah membuat keputusan yang tidak sepatutnya,” ujar agensi tersebut.

Pada masa sama, agensi berjanji akan lebih berhati-hati dan memastikan Ga In memberikan yang terbaik serta tidak lagi mengecewakan peminat.

Sumber:https://www.kosmo.com.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kpop ni muka seakan akan sama semuanya. Banyak sangat group sampai aku tak tau kewujudan dorang
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 04:28 PM | Show all posts
Berlatih setengah nyawa bila group dah tak famous lagi akibat peningkatan usia mulalah timbul penyakit murung dan ambil ubatan terlarang
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 06:20 PM | Show all posts
Moga berubah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.048419 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list