View: 1127|Reply: 6
|
[Sarawak]
Covid19 03/07/2021
[Copy link]
|
|
Hari ini terdapat 361 kes baharu COVID-19 dikesan. Sejumlah 194 atau 53.74 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di lima (5) buah daerah iaitu di Daerah Kuching, Sibu, Subis, Bau dan Bintulu.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah
Kuching (77),
Sibu (33),
Subis (32),
Bau (27),
Bintulu (25),
Saratok (22),
Miri (22),
Serian (12),
Sri Aman (11),
Kapit (11),
Song (10),
Telang Usan (9),
Samarahan (9),
Mukah (7),
Limbang (5),
Asajaya (5),
Dalat (5),
Tatau (5),
Tebedu (5),
Kanowit (5),
Lundu (3),
Pakan (3),
Selangau (3),
Sebauh (3),
Belaga (2),
Meradong (2),
Simunjan (2),
Sarikei (2),
Beluru (1),
Matu (1),
Marudi (1)
Betong (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 66,196.
Daripada 361 kes baharu yang dilaporkan seramai 38 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 257 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin.
Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
• 223 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (18 kes bergejala);
• 85 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (1 kes bergejala);
• 34 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (kes tidak bergejala);
• 19 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah bertambah kepada seramai 418 orang. Ringkasan kes kematian yang dilaporkan pada hari ini adalah seperti berukit:
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING : Sarawak menerapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sangat ketat bagi sesiapa sahaja yang memasuki negeri ini dari Labuan dan Semenanjung.
Menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, langkah ini adalah untuk melindungi rakyat daripada Varian Delta COVID-19.
Varian Delta disifatkan sebagai ‘ancaman terbesar’ kepada usaha mengekang wabak COVID-19 dan ia dikenal pasti mengakibatkan lonjakan kes baharu di serata dunia, termasuk di negara yang merekodkan kadar vaksinasi tinggi.
Katanya, memandangkan 12 kes Varian Theta telah dikesan di Sarawak sebelum ini (dilaporkan pada 30 Jun lepas), pihaknya kini berusaha semampu mungkin untuk memastikan varian Delta tidak datang ke negeri ini.
Oleh itu tegasnya, semua individu yang telah tinggal di Labuan selama 21 hari atau lebih, tidak dibenarkan masuk ke negeri ini, kecuali mendapat kelulusan JPBN Sarawak.
Manakala individu dari Semenanjung termasuk rakyat Sarawak sendiri, wajib melakukan ujian swab tiga hari sebelum memasuki negeri ini.
Demikian jelas beliau setelah menyampaikan bakul buah-buahan kepada petugas barisan hadapan dan pasukan penguatkuasa di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Perpaduan, pada Jumaat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tu la ... harap terus menurun
|
|
|
|
|
|
|
|
Vacinnation Update for KAPIT DIVISION.
Base on Department of Statistic Malaysia (DOSM) 90,900 (2020) out of 134,800 people of Kapit Division are 18 years & above are eligible for vaccination.
As at 1.7.2021:-
Dose 1 = 50,618 (55.69%)
Dose 2 = 11,081 (12.19%)
TOTAL = 61,699 ( 67.87%)
Since we start the Mobile Outreach PPV Program (14 Jun - 1 Julai 21) the average Dose vaccine/day is (61,699 - 8,662) = 53,037/17 days = 3,119 dose/day.
kredit Info:Galung Luang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|