CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1626|Reply: 2

[Sarawak] 11 sekolah di Sarawak mencapai keputusan STPM 2021 yang memberangsangkan. Tahnia

[Copy link]
Post time 2-7-2021 03:22 AM | Show all posts |Read mode
Sebanyak 11 buah sekolah di negeri Sarawak telah mencapai keputusan STPM 2020 yang sangat memberangsangkan dengan merekodkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) melebihi 3.00.

Ini dinyatakan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr. Norisah binti Suhaili menerusi kenyataan hari ini (1 Julai 2021).

Sekolah-sekolah berkenaan ialah seperti berikut:-



Dari segi pencapaian calon pula, seramai 89 (1.60%) orang calon sekolah di seluruh negeri Sarawak telah berjaya mencapai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 (maksima).

Selain itu, 1,761 (31.72%) orang calon telah mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas.

STPM kali ini, seramai 5,768 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2020 di seluruh negeri Sarawak.

Tiga orang calon berkeperluan khas (CBK) turut mencatatkan pencapaian cemerlang dengan memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.50.

Calon cemerlang tersebut adalah seperti berikut:-


Selanjutnya, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr. Norisah binti Suhaili berkata di kesempatan ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengetua, guru, ibu bapa, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), petugas peperiksaan serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam persediaan pengurusan, pentadbiran dan pengendalian peperiksaan STPM 2020.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan untuk pihak Sarawak Disaster Management Committee (SDMC), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak serta semua Pejabat Kesihatan Daerah yang banyak membantu dan memberi khidmat nasihat dalam mendepani cabaran peperiksaan dalam situasi pandemik dan norma baharu ini. Setinggi penghargaan buat Kerajaan Negeri Sarawak atas sumbangan serta kerjasama dalam usaha menambahbaik dan meningkatkan mutu prasarana sekolah ke arah peningkatan kualiti pendidikan di negeri ini.

Buat semua calon STPM 2020, anda telah melalui perjalanan yang amat mencabar dan penuh ranjau bermula dari peperiksaan semester 2 pada Ogos 2020 yang lalu. Kami menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah untuk dedikasi, kesungguhan, pencapaian dan prestasi yang anda peroleh dan pamerkan.

Teruskan keazaman dan iltizam dalam mengharungi cabaran masa akan datang dan melangkah menyusuri laluan di luar sistem persekolahan. Buktikan bahawa anda mampu merubah harapan dan impian demi mencipta masa depan. Syabas dan terima kasih!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2021 03:23 AM | Show all posts
Tahniah adik2
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.053557 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list