CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1440|Reply: 2

[Sarawak] Covid-19 30/06/2021

[Copy link]
Post time 30-6-2021 07:42 PM | Show all posts |Read mode
Satu kematian, 376 kes COVID-19 di Sarawak



KUCHING: Sarawak merekodkan 376 kes baharu COVID-19 hari ini dengan satu kes kematian di Kapit.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kes dikesan di Kuching (94), Sibu (63), Bau (32), Mukah (28), Telang Usan (21), Serian (17), Sarikei (14), Samarahan (14), Sri Aman (13), Miri (10) dan Selangau (9).

Lain-lain kes dikesan di Bintulu (9), Kanowit (9), Subis (7), Meradong (7), Saratok (6), Lundu (5), Kapit (5), Dalat (3), Asajaya (3), Pakan (2), Tebedu (2), Tatau (2) dan Lawas (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes kini 64,851.

“Daripada 376 kes baharu yang dilaporkan, 254 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 61 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada.

“Manakala 38 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan dan 23 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan,” katanya.

Mengenai satu kes kematian yang dilaporkan, ia melibatkan lelaki berumur 75 tahun dari Kapit menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Sarawak kini seramai 409 orang.

Kes katanya disahkan meninggal di Hospital Kapit dan turut mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis, dislipmedia, gout, penyakit buah pinggang kronik dan jantung.

Dalam pada itu, terdapat 430 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 54,183 orang atau 83.55 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 10,109 orang.





utusan borneo 2021-06-30T17:26:27+08:00

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2021 07:43 PM | Show all posts
Tiga kluster tamat di Sarawak

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menamatkan tiga kluster setelah tiada kes baharu COVID-19 dikesan melibatkan kluster ini dalam tempoh 28 hari.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata kluster yang tamat ialah Kluster Sungai Ranan di Kanowit, Kluster Jalan Endap Sawit di Samarahan dan Kluster Tengah Hulu Gedong di Simunjan.

“Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 95 kluster dengan 16 kluster merekodkan 61 penambahan kes baharu.

“Manakala 79 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya menambah penambahan kes tertinggi melibatkan Kluster Lunyin di Telang Usan dan Kluster Belimbing di Bau iaitu masing-masing 13 kes.

Turut merekodkan penambahan kes baharu Kluster Jalan Coastal Bintulu-Miri di Bintulu (1), Kluster Bali Pie di Subis (13), Kluster Kampung Sebandi Hilir di Lundu (5), Kluster Gran Stumbin di Sri Aman (1) dan Kluster Mongkos 2 di Tebedu (1), Kluster Luteng di Telang Usan (2) dan Kluster Po Ai di Sri Aman (3).

Kluster Quadruplex Lapan Enam di Miri merekodkan satu penambahan kes baharu, Kluster Kevok di Telang Usan (3), Kluster Sungai Kotak di Meradong (6), Kluster Nanga Tada di Kanowit (5), Kluster Tanjong Lelengau di Pakan (2), Kluster Jalan Sungai Antu di Sibu (2) dan Kluster Tema Saan di Tebedu (1).

Dalam pada itu, 29 daerah kekal berstatus merah dan dua daerah iaitu Lubok Antu serta Betong kekal berstatus jingga.

Lapan daerah iaitu Kabong, Dalat, Marudi, Beluru, Limbang, Pusa, Belaga dan Lawas kekal berstatus kuning manakala satu daerah iaitu Daro kekal berstatus hijau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2021 07:44 PM | Show all posts
Lima rumah panjang antara enam lokaliti dikenakan PKPD

KUCHING: Enam lagi lokaliti melibatkan lima buah rumah panjang dan satu kuarters pekerja dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sarawak, berkuat kuasa antara 30 Jun hingga 17 Julai.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata lokaliti terlibat Kuarters Pekerja Camp Power Bright (KTS Timber) di Tatau dan Rh. Amin Batot, Sungai Kelawit juga Tatau.

“PKPD ini turut melibatkan Rh. Milai, Emplaie Ili, Rh. Mang, Sg Wong di Roban dan Rh. Changgie, Sg Brayang, Roban di Saratok serta Rh. Ngelai, Sungai Stok di Sarikei,” katanya.

JPBNS turut memaklumkan PKPD dilanjutkan bagi 10 buah rumah panjang di Sungai Rassau, Batang Igan di Matu sehingga 16 Julai berkuat kuasa 3 Julai.

Rumah panjang terlibat ialah Rh. Salim Unang,Rh. Judy Kudi, Rh. Mathew Merang,Rh. Daggang Ujang, Rh. Lait Ijang, Rh. Chandi Kilau, Rh. Putit Jugah, Rh. Sadin Jeli dan Rh. Mador Rendah.

Manakala PKPD bagi Rh Ulen Segaya, Ng Tekalit di Tatau dan di Rumah Sewa Sebelah Kedai MDS Mart Samalaju serta di Kuarters Pekerja Rich Drive di Bintulu masing-masing ditamatkan pada 29 Jun.

Turut ditamatkan hari ini, PKPD bagi Rh. Lium, Skim B Bintangor dan Rh. Linggang, Sg. Rayah, Bintangor di Meradong, Rh. Jalang, Nanga Bayu, Ulu Entaba di Julau dan Kampung Serikin di Bau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.317345 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list