CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2867|Reply: 15

[Sarawak] Terputus bekalan makanan: Kibarkan bendera putih

[Copy link]
Post time 29-6-2021 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Fatimah alu-alukan 'bendera putih'







KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah mengalu-alukan inisiatif mengibarkan bendera putih yang bertujuan meringan beban golongan susah.

Beliau berkata, usaha itu bagaimanapun perlu dilakukan dengan ikhlas dan diberikan kepada masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Dalam masa pandemik COVID-19 ini, ramai masyarakat terkesan. Jadi siapa yang hendak memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah amat dialu-alukan.

“Namun, usaha ini perlu dilakukan dengan ikhlas dan bantuan ini harus diberikan kepada masyarakat yang sememangnya terkesan dengan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya hari ini ketika diminta mengulas mengenai kempen kibarkan bendera putih di luar rumah.

Inisiatif yang digerakkan pelbagai pihak menerusi laman media sosial mengajak rakyat bersatu membantu mereka yang menghadapi kesusahan dari segi bekalan makanan dan kewangan.

Fatimah bagaimanapun menyarankan orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan supaya memaklumkan kepada pihak berwajib terlebih dahulu bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Kita amat menggalakkan masyarakat untuk maklumkan bantuan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak,” ujarnya.


utusan borneo 2021-06-29T15:47:31+08:00


Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2021 07:02 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 29-6-2021 11:11 AM

NGO sambut baik kempen ‘bendera putih’

KUCHING: Inisiatif kempen ‘bendera putih’ menggambarkan bukan sahaja keprihatinan rakyat negara ini tanpa mengira latar belakang tetapi satu idea yang baik.

Kempen yang tular di media sosial itu ternyata mendapat sambutan yang baik terutama di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan bantuan makanan.

Namun ada yang berharap bantuan itu nanti bukan hanya simbolik semata-mata tetapi paling penting pendekatan digunakan.



Penyelaras Kuching Food Aid, Maria Mohd (gambar) berpendapat kempen berkenaan yang menunjukkan keperluan mendesak dan terputus bekalan merupakan satu idea yang baik.

“Namun begitu, pelaksanaannya perlulah dibuat dengan jujur oleh pemohon.

“Pada masa ini, jika dikatakan golongan yang terkesan, memang kita semua terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini tetapi kita perlu akur dengan keadaan semasa,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai inisiatif kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih di kediaman menjadi tular dan trending di media sosial, yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.

Maria menegaskan bendera putih adalah sekadar simbol tetapi jika diamati dana dan sumbangan serta pengelibatan NGO untuk memenuhi keperluan mereka yang menggantung bendera putih ini, memang tidaklah mencukupi.

“Apa juga kaedah terbaik yang boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu, gunakanlah. Saya berharap ia tidak dijadikan modal permainan politik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau memberitahu jika berlaku masalah, memendam perasaan bukan jalan terbaik ketika ini.

Tambahnya apa yang penting, berhenti memilih jalan singkat.

“Tetapkan iman, kalau ada masalah hubungi keluarga, rakan taulan dan jiran tetangga. Masa ini kita tidak dapat menyorok masalah kerana semua kita perlukan sokongan dan bantuan,” tegasnnya.


Kelvin semasa mengagihkan bantuan baru-baru ini mewakili Hope Place Kuching kepada mereka yang memerlukan ekoran pandemik COVID-19.

Sementara itu bagi Pengasas Hope Place Kuching, Kelvin Wan berkata kempen bendera putih menggambarkan keprihatinan rakyat negara ini tanpa mengira latar belakang.

“Inisiatif organiasi atau individu ini yang bermula dengan idea bendera putih ini, saya percaya maksud mereka sangat baik.

“Ini adalah cara yang baik bagi mereka yang memerlukan bantuan untuk "mendapat perhatian orang ramai" dengan mudah agar orang lain dapat membantu mereka,” katanya.

Kelvin berkata inisiatif berkenaan amat dipuji kerana ia bukan sahaja dapat menjangkau lebih ramai orang yang memerlukan.

Malahan katanya aktiviti sedemikian juga secara semula jadi akan menjadikan masyarakat lebih peka terhadap orang lain yang mungkin memerlukan bantuan.

“Ia sekali lagi mewujudkan budaya indah kita untuk mengasihi dan menjaga orang lain di sekeliling kita.

“Kita semua maklum semasa pandemik COVID-19 melandan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai masyarakat kita menggunakan cara berbeza menunjukkan keprihatinan mereka dan membantu yang lain,” katanya.

Kelvin berkata sama ada  individu atau persatuan yang berbeza, datang dengan cara yang berbeza untuk menyediakan bantuan makanan, atau menawarkan makanan yang dimasak secara percuma di premis mereka.

Katanya sehingga orang dapat mengumpulkan, atau ada juga yang menghantarnya kepada mereka yang memerlukannya.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu pengasas Hope Place Kuching yanh telah membantu orang miskin selama lapan tahun, kami gembira bersama-sama dengan setiap individu dan organisasi yang membantu mereka yang memerlukan.

“Ini terutamanya semasa wabak, dimana keperluan sangat besar, dan akan selalu ada. Tidak ada orang atau organisasi yang dapat menjaga semuanya dan maka itu semakin ramai masyarakat kita bangkit untuk menolong orang lain, semakin baik,” katanya.


utusan borneo 2021-06-29T15:47:31+08:00

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2021 07:10 PM | Show all posts
Tidak Perlu Merayu & Jangan Malu, Rakyat Malaysia Lancar #KempenBenderaPutih


Kebanyakan yang menyertai kempen menyatakan, rakyat yang susah tidak perlu berasa malu dan perlu elak daripada melakukan perkara yang boleh merugikan diri sendiri dan keluarga.- Gambar Facebook

Pada saat ini, semua rakyat Malaysia berada di dalam keadaan yang tertekan.

Ada yang kehilangan sumber pendapatan, tidak kurang juga yang terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kehidupan pada saat getir ini.

Realitinya sekarang, kita dapat lihat, yang senang menjadi susah dan susah makin merana, dek kerana wabak COVID-19 yang mula menular di negara ini awal tahun lalu.

Kita sedar tidak ramai yang berani tampil ke hadapan dan mengaku mereka kini dalam keadaan yang susah, membuatkan mereka memilih untuk mendiamkan diri.

Terkini, rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.

Daripada gambar yang dikongsi, kebanyakan mereka menyatakan, rakyat yang susah tidak perlu berasa malu dan perlu elak daripada melakukan perkara yang boleh merugikan diri sendiri dan keluarga.

Antara pengguna Twitter, @saidussyahiran_ berkata, dia menyokong penuh kempen ini kerana ia merupakan satu inisiatif yang sangat baik buat mereka yang dalam kesusahan.


29/06/2021 - by Sabah Post

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 08:25 PM | Show all posts
kat semenanjung bila lagi nak gelombang bendera putih? harap dekat ppr terutama ibu tunggal di bantu pertama sebab mereka sara anak, kedua ekonomi mereka susah ketiga ada yang tak sekolah beri bantuan ibu tunggal sebagai kategori bujang bukan sebagai keluarga.

dah susah lagi disusahkan. mulakan dengan family kejiranan kita. tanpa ebit liew pun rakyat malaysia prihatin. its rakyat jaga rakyat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2021 08:30 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 29-6-2021 12:25 PM
kat semenanjung bila lagi nak gelombang bendera putih? harap dekat ppr terutama ibu tunggal di bantu ...

harap jangan ada yang ambik kesempatan
sampai simpan stok kat rumah pulak
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 08:43 PM | Show all posts
Vellfire replied at 29-6-2021 08:30 PM
harap jangan ada yang ambik kesempatan
sampai simpan stok kat rumah pulak

insyallah kes terpencil je. yang penting dpt isi perut kosong dan selamatkan mereka2 daripada buat keputusan di luar akal.



bendera putih akan kaka bantu , kalau spender putih lebai kita takkan bantu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2021 04:17 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 29-6-2021 08:25 PM
kat semenanjung bila lagi nak gelombang bendera putih? harap dekat ppr terutama ibu tunggal di bantu ...
Agak setuju ...

semoga ada bantuan nanti untuk mereka yang memerlukan ...

bukan ibu tunggal sahaja ...
banyak sangat kes mereka2 yang sangat memerlukan bantuan ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 04:36 PM | Show all posts
SOLIDARITI BENDERA PUTIH
Alhamdulillah, selesai AMANAH dalam SOLIDARITI BENDERA PUTIH.


Kamek urang mohon dak TURUNkan BENDERA PUTIH sebagai TANDA telah menerima BANTUAN
LOKASI : Tabuan Foochow Lorong Chawan 1T
MAKLUMAT: Buruh Kasar/ Cleaner /Part Time Kerja


TERIMA KASIH, DERMAWAN, SAHABAT DAN HAMBA ALLAH yang berKONGSI REZEKI
(MAKLUMANENULISAN INI BERTUJUAN MEMBERITAHU KEPADA PENYUMBANG DAN PENERIMA KONGSI REZEKI)
#Solidariti
#benderaputih
#SukarelawanJalananSarawak
#Spread






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2021 03:29 AM | Show all posts
Manakala bendera putih dinaikkan bagi memberi peluang jiran dan rakan membantu anda, kibarkanlah bendera merah sekiranya anda menyediakan meja-meja dan kiosk-kiosk makanan untuk diambil secara percuma oleh mereka yang memerlukan.


credit gambar : Kelab Anak Layangan





















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2021 03:36 AM | Show all posts
Terbaik...
semoga d limpahi rezeki dan boleh bersedekah lagi... aamiin...








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 03:55 PM | Show all posts
KUCHING: Mengharapkan bantuan dengan mengibarkan bendera putih di depan rumah, itu yang dilakukan Noni Umpik dan Mohd Faizal Abdullah kerana terpaksa ketika dihimpit kesusahan.

Noni, 57, yang tinggal di sebuah rumah sewa Lorong Foochow 1T, Jalan Chawan, mengetepikan perasaan malu untuk mendapatkan apa jua bentuk bantuan khasnya barangan keperluan daripada pelbagai pihak.

Berasal dari Kampung Mangka, Kota Samarahan, dia tinggal bersama suaminya yang bekerja sebagai buruh kasar di sebuah rumah sewa tidak jauh dari rumah sewa tempat anaknya tinggal.

Noni yang bekerja di sebuah Tokong berhampiran dengan gaji RM400 sebulan berkata dia dan suami terjejas pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sehingga kadang-kadang perlu membayar sewa bulanan secara ansuran.

"Sepanjang PKP, memang kami berdepan masalah kewangan. Saya pergi ke mana sahaja di mana bantuan diberikan, saya tidak memilih, menerima seadanya apa yang diberikan.

"Saya buang rasa malu, demi kelangsungan hidup, duit gaji yang ada, saya gunakan untuk membayar sewa, itupun ada kalanya ia dibayar ansuran," katanya ketika ditemui wartawan The Borneo Post hari ini.

Noni berkata dengan mengibar bendera putih di hadapan rumah sewa, akan ada pihak yang tampil membantu bagi meringankan beban ditanggungnya bersama suami.



Turut mengambil inisiatif mengibar bendera putih di hadapan rumahnya, Mohd Faizal, 45, yang menyewa di Jalan Foochow.

"Kali terakhir saya mendapat bantuan dalam bentuk barangan keperluan, dua minggu lepas. Itupun sekali sahaja," katanya sambil memberitahu beliau ada mendapat bantuan dalam bentuk makanan daripada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Bekerja sebagai buruh pembinaan, Mohd Faizal hilang punca pendapatan kerana tidak dapat turun bekerja sejak dua bulan lalu menyebabkan dia terpaksa meminjam wang daripada adik beradiknya.

"Pendapatan saya memang terjejas, ada kerja adalah gaji, sekarang ni pendapatan kosong, sudah dua bulan saya tidak bekerja.

"Haparan saya dengan mengibar bendera putih ini, ada pihak yang datang menghulurkan bantuan, tak banyak sedikit pun sudah memadai bagi menampung perbelanjaan dapur. Saya tetap bersyukur," katanya.

Inisiatif kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih di kediaman menjadi tular dan trending di media sosial, yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 03:57 PM | Show all posts
semoga d permudahkan untuk mereka2 ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 04:16 PM | Show all posts
Terbaca penulisan ni ...
FC kongsikan bersama untuk renungan kita bersama ...

Kisah Bendera Putih.

Menarik tulisan ini. Anggap bendera itu medium komunikasi. Macam Khalifah Umar tengok unggun api di padang pasir. Rupanya ada orang yang sedang kesusahan dan memerlukan bantuan segera. Silakan membaca dan moga mendapat pengajaran berguna buat semua.


Ask not about the white flag ― Hafiz Hassan
Malay Mail

JULY 2 ― One of the most endearing stories of Umar Ibn al-Khattab, the second Caliph, was when on nightly patrol of the city of Madinah he saw a distant fire in the desert. That night, Umar went out to Hurrah Waaqim, a rocky area of land just outside of Madinah, with his usual companion when out on patrol, Aslam.

Umar thought that some people had made camp out in the open desert and might need some help. Umar ordered Aslam to accompany him towards the direction of the fire. Both Umar and Aslam ran towards the campsite. As they drew near to it, they saw a woman watching over a group of children, who were crying loudly. Beside the woman was a pot hanging over a flame of fire. Umar called out to the woman and asked for her permission to come nearer to her. As Umar came close enough to speak to her without having to raise his voice, the woman complained about the harsh conditions and of the cold night.

According to some narrations, the year then was known as the Year of Ashes (Ar-Ramadah). During the day, the wind was so hot it burnt the skin as if with hot ashes. Famine, drought and hunger struck Madinah. Meat, butter and milk became unavailable, and the people existed on little more than dry bread sometimes dipped in olive oil. After hearing out the woman’s complaints, Umar asked, “And what is the matter with these children? Why are they crying out loud?”“Hunger,” replied the woman tersely. “If it is hunger, then what are you cooking in that pot?” asked Umar.“It is only water,” replied the woman, explaining that she had placed a pot with some stones over a flaming fire in order to calm the children down until they fell asleep.

She then said, “Ah! Allah will judge between Caliph Umar and me, on the Day of Judgment, for neglecting me in my distress.”
Umar said, “How can Umar know of your distress?” The woman said, “When he is our leader, he must keep himself informed about us.

Umar then turned to Aslam and ran off. Aslam, the loyal companion, had to play catch up. They continued running until they reached the BaitulMal (The Treasury) to fill a sack with flour, dates, fat, and clothes, and also drew some money.

When the sack was ready, Umar said to Aslam, “Now put this sack on my back,” to which Aslam replied, “No please, Leader of the people! I shall carry this sack.”

Umar then exclaimed, “Will you carry the burden of my sins for me on the Day of Resurrection?” Aslam reluctantly placed the sack on Umar's back, who carried it with a swift pace right to the woman’s tent.


He put a little flour and some dates and fat in the pot and began to stir. He blew into the fire to kindle it. Aslam narrated how he saw the smoke passing through Umar’s thick beard.

When the meal was ready, Umar himself served it to the woman and the children. When they had eaten until they were full, he gave them what was left for their next meal.  The children were very happy after their meal and began to play merrily.

The woman felt very grateful and said, “May Allah reward you for your kindness!

In fact, you deserve to take the place of the Caliph instead of Umar.

”So, when you see a white flag, see it like a distant fire in the desert that Umar saw. Run to the white flag and hear the complaints, if any.

Then ask, “What is the matter?”

If the reply is the harsh conditions and hunger...

Ask not why their hands are not raised in prayers.
Ask not why their phones have not rung the Disaster Control Operation Centre (PKOB) for assistance.
Ask not if the white flag is political propaganda.


Umar did not ask more than “What is the matter?” Umar ran after hearing the answer. No, he did not run away. He ran back and forth to provide sustenance for the woman and the children.
Umar asked himself what would be his answer if Allah were to ask him about the woman and the children.

Ask not about the white flag.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 03:37 PM | Show all posts






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 09:29 PM | Show all posts
Greeting, Best wishes, Tabi basa all!

In line with the Movement Control Order 3.0, many people underprivileged are affected financially and employment. The #benderaputih phenomenon that is now lifted everywhere like a call for us to help the underprivileged people.

In relation to that, Upper Rajang Youth through the #KapitBasket Initiative campaign will distribute help to those in need for Kapit's division.

#KapitBasket Initiative aims to -; donate in the form of food to those who need it.

Fundraising contributions can also be distributed through bank account of Gagasan Rajang Pekan Kapit Youth Club as shown.
Contributions of necessities can also be connected to;
Mr. Havit (01119697236)
Miss Mawai (01119366809)



Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 09:32 PM | Show all posts
Visit and investigation to Homeowner * Selimah Bt Abdullah * who raised white flag in Song district.

Date: 06/07/2021
Time: 1130 hrs
Help submitted by JKM
1. JKM monthly relief form
2. NGO donation food basket.

Investigation found many contributions received from various parties including Baitumal Sibu.

Our party has interviewed the nominee and investigated the actual background of the nominee. Our side has also donated help from NGOs with food basket and rice.

In addition, our side has advised the nominee to lower the white flag because the nominee has received a lot of food baskets from various parties helping the nominee.

So many reports.
Pictures are also included.
Thank You.
* PKMD SONG *

==========================================================================

Lawatan dan siasatan kepada Pemilik Rumah *Selimah Bt Abdullah* yang kibarkan bendera putih di daerah Song.

Tarikh: 06/07/2021
Masa: 1130 hrs

Bantuan yang diserahkan oleh JKM
1. Borang bantuan bulanan JKM
2. Bakul makanan sumbangan NGO.

Siasatan mendapati banyak sumbangan telah penama terima dari pelbagai pihak termasuk Baitumal Sibu. Pihak kami telah menemu ramah penama dan menyiasat latar belakang sebenar penama. Pihak kami juga telah memberikan sumbangan bantuan daripada NGO berupa bakul makanan dan juga beras.

Selain itu, pihak kami telah menasihati penama untuk menurunkan bendera putih kerana penama telah banyak menerima bakul makanan daripada pelbagai pihak yang membantu penama.
Sekian laporan.

Gambar turut disertakan.
Terima Kasih.

*PKMD SONG*






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 1.895820 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list