CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1161|Reply: 0

Eminem Pernah Koma Selama Seminggu Ketika Berusia 9 Tahun

[Copy link]
Post time 29-6-2021 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Eminem Pernah Koma Selama Seminggu Ketika Berusia 9 Tahun




Eminem dianggap sebagai salah satu rapper yang paling berpengaruh sepanjang masa.

Dilahirkan pada 17 Oktober 1972, Eminem atau nama sebenarnya Marshall Bruce Mathers III, dia juga telah menikmati kejayaan di skrin filem dan pengeluar rekod.

Bukan peminat sahaja memberi pujian yang tinggi kerana kemahiran rapnya, tetapi juga rap lagenda seperti seperti Dr. Dre, Ice Cube, Snoop Dogg, The Game, Jay-Z, dan lain-lain.

Berikut adalah fakta-fakta yang anda mungkin tidak tahu tentang penyanyi rap lagenda, Eminem.

1. Koma selama seminggu ketika berusia 9 tahun



Sebelum menjadi seorang pemuzik yang terkenal di dunia, Eminem adalah seorang kanak-kanak berkulit putih yang sering dibuli oleh kanak-kanak Afrika-Amerika kerana tidak berkulit gelap.

Dia dibelasah dengan teruk ketika berusia 9 tahun dengan pembuli di sekolah sehingga menyebabkannya dalam keadaan koma selama satu minggu.

2. Sebelum menemui bakatnya, dia mahu menjadi artis komik



Semasa kanak-kanak, dia minat bercerita dan mempunyai cita-cita untuk menjadi artis buku komik sebelum menemui hip hop dan pertama kali mendengar lagu rap berjudul Reckless.

3. Dia mendapat reputasi ketika mengalahkan lawan dalam pertempuran rap



Eminem menaikkan namanya sebagai seorang rapper muda berkulit putih yang mengalahkan rapper Afrika-Amerika. Dia akan menghancurkan lawan dengan liriknya yang spontan di tempat letak kereta dan kedai hip hop yang terkenal.

4. Dia memecahkan rekod Guinness Book of World Records dengan lagu Rap God



Eminem memecahkan rekod Guinness Book of World Records untuk perkataan paling banyak dalam lagu hit apabila lagu Rap God dilancarkan pada tahun 2013.

5. Dia disaman oleh ibunya kerana lagu My Name Is



Eminem telah disaman oleh ibunya sendiri kerana memfitnahnya dalam lagu My Name Is.

“My mom does more dope than I do” merupakan lirik yang mengatakan ibunya mengambil lebih banyak dadah darinya dan menyebabkan ibunya sangat marah kepada Eminem.

Sumber:https://plus.wiser.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.312396 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list