CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1679|Reply: 2

Harrison Ford Cedera Di Bahu Ketika Penggambaran Filem ‘Indiana Jones 5’

[Copy link]
Post time 24-6-2021 11:29 PM | Show all posts |Read mode
Harrison Ford Cedera Di Bahu Ketika Penggambaran Filem ‘Indiana Jones 5’


Harrison Ford telah mengalami kecederaan bahu ketika penggambaran dalam adegan pergaduhan untuk filem Indiana Jones terbaru.

Bintang Hollywood ini telah kembali dengan memainkan watak sebagai ahli arkeologi yang melakukan pelbagai aksi pada usia 78 tahun.



Filem kelima dan akhir dalam siri ini telah membuat penggambaran di United Kingdom sejak beberapa minggu lalu dan akan ditayangkan pada tahun 2022.

Filem Studio Disney tidak mendedahkan tahap dan keterukan kecederaan Ford, tetapi menjelaskan bahawa jadual penggambaran akan diselaraskan pada “minggu yang akan datang”.

Namun, ini bukan kemalangan pertama yang dihadapi oleh pelakon ini dalam set penggambaran filem.

Tujuh tahun yang lalu, dia telah ditindih oleh pintu hidraulik Falcon Millennium semasa penggambaran filem Star Wars ketujuh dengan memegang watak sebagai Han Solo.


Dia telah mengalami kecederaan teruk sehingga menyebabkan kakinya patah dan terpaksa dihantar ke hospital. Lebih dahsyat, dia hampir terbunuh ketika terlibat dalam kemalangan ini.

Ford juga telah terlibat dalam beberapa insiden sebagai juruterbang. Pada tahun 2017, dia tersilap mendarat sebuah pesawat berhampiran lapangan terbang Amerika Syarikat.



Pada tahun 2015, lengannya patah dan dia mengalami kecederaan kecil di bahagian kepala selepas terhempas dalam pesawat Perang Dunia II di padang golf Santa Monica, California.

Sudah 40 tahun sejak Ford mula berlakon sebagai Indiana Jones dalam Raiders of the Lost Ark pada tahun 1981. Tiga filem lain diikuti pada tahun 1984, 1989 dan 2008.



Proses penghasilan filem Indiana Jones yang kelima telah dilakukan sejak 14 tahun selepas Kingdom of the Crystal Skull 2008.

Beberapa penulis skrip telah menyertai dan meninggalkan projek itu, dan produksi terus diperlahankan kerana penularan wabak covid secara global.

Selain Harrison Ford, pelakon yang turut membintangi dalam filem terbaru ini adalah Phoebe Waller-Bridge dan Mads Mikkelsen.

Sumber:https://plus.wiser.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2021 12:03 PM | Show all posts
wow best!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2021 03:52 PM | Show all posts
Dah atuk2 kan faktor usia banyak mempengaruhi.  Apa pun pasti menarik sambungannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.036718 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list