CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1780|Reply: 5

Pink Bakal Menerima Anugerah Ikon Di Anugerah Muzik Billboard 2021

[Copy link]
Post time 22-6-2021 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Pink Bakal Menerima Anugerah Ikon Di Anugerah Muzik Billboard 2021


Pemuzik dan ikon pop, Pink akan menerima Anugerah Ikon di Anugerah Muzik Billboard pada 23 Mei 2021.

Selain mendapat penghormatan besar dalam upacara tersebut, penyanyi ini juga akan memberikan persembahan istimewa. Ini akan menandakan persembahan pertamanya sejak 2016 ketika dia menyanyi lagu Just Like Fire.

Pink dengan lagu hitnya iaitu Just Give Me a Reason akan menjadi penerima ke-10 untuk anugerah terhormat ini. Anugerah tersebut adalah satu pengiktirafan kepada seniman luar biasa yang telah mencapai kecemerlangan di carta lagu Billboard.

Pink mengesahkan berita ini dengan rasa rendah hati terhadap penghormatan besar yang akan diberikan kepadanya nanti.

“Sebagai seorang gadis kecil, saya selalu berhasrat untuk menjadi penyanyi dan berkongsi muzik saya dengan dunia,” kata Pink, 41, dalam siaran akhbar melalui majalah People.

“Saya merasa sangat terhormat untuk bergabung dengan barisan idola muzik seperti Cher, Garth Brooks, Janet Jackson dan Stevie Wonder,” tambahnya.


Bintang-bintang terdahulu yang juga pernah menerima anugerah ini termasuk Jennifer Lopez, Mariah Carey, dan Celine Dion.

Acara ini akan berlangsung kurang dari seminggu sebelum dokumentari jelajah barunya, Pink: All I Know So Far yang akan mula ditayangkan di Amazon pada 29 Mei.



Filem ini menceritakan perjalanan albumya iaitu Beautiful Trauma (2019) dan diarahkan oleh Michael Gracey yang telah mengarah filem The Greatest Showman. Tahniah buat Pink di atas penerimaan Anugerah Ikon di Anugerah Muzik Billboard!

Sumber:https://plus.wiser.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2021 06:42 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2021 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink ada lagu latest hokey..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 01:07 PM | Show all posts
Dia dah lama berjuang oklah dapat pengiktirafan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 08:56 AM | Show all posts
aku x leh move on persembahan dia kat grammy dulu,
dah kira persembahan terbaik dan paling berani aku pernah tengok
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pink is one of a kind. Sore dia x yah cakaplah memang best and surprisingly dia peminat Johnny Depp and masa dtg kat Jimmy Kimmel, jdepp dtg senyap senyap and terkejutkan dia…. Pink flustered gila comel pulak tgk dorang
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.045535 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list