PELAKON dan pengacara, Tara Sharma Saluja mencadangkan kerajaan India supaya melaksanakan proses vaksinasi terhadap kanak-kanak dengan segera berikutan penularan jangkitan Covid-19 di India yang memburuk.
Tara sebenarnya sangat bimbang memikirkan keselamatan kanak-kanak, terutama dua orang anaknya, Zen dan Kai yang masing-masing berusia 11 dan sembilan tahun.
“India dilanda gelombang kedua penularan Covid-19. Apa yang akan terjadi kepada kanak-kanak?
Mereka seharusnya segera divaksin,” katanya.
Ujar bintang The Whisperers itu, vaksinasi merupakan satu-satunya kaedah yang boleh menyelesaikan masalah jangkitan Covid-19.
“Di Kanada misalnya, kerajaan di sana mula memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak. Seharusnya kita juga (kerajaan India) harus melakukan hal serupa,” jelasnya.
Tara juga berpendapat golongan kanak-kanak wajar diberikan suntikan vaksin dengan segera supaya mereka boleh kembali ke sekolah secepat mungkin dan menjalani kehidupan normal yang telah dirampas oleh pandemik.
Sumber:
https://www.kosmo.com.my