CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1562|Reply: 1

Yerin dapat rumah baharu

[Copy link]
Post time 21-6-2021 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Yerin dapat rumah baharu



DALAM tempoh sebulan selepas pembubaran GFRIEND, seorang bekas anggota kumpulan berkenaan, Yerin sudah merancang perjalanan karier dengan langkah baharu.

Pantas disambar dan menyahut peluang, Yerin sudah pun menandatangani kontrak sebagai artis naungan Sublime Artist Agency seperti diumumkan syarikat tersebut pada 17 Jun lalu.

“Kami gembira menerima kedatangan Yerin sebagai ahli keluarga baharu di sini. Kami akan menyokong perjalanan kariernya. Teruskan menyokong Yerin,” tulis agensi tersebut dalam satu kenyataan.

Yerin juga menerusi hantaran dalam Instagramnya turut meluahkan keterujaan dengan perjalanan baharunya bersama Sublime.

Pada 18 Mei lalu, GFRIEND yang memulakan debut pada 2015 mengejutkan peminat apabila mengesahkan tidak menyambung kontrak bersama agensi Source Music, sekali gus mengumumkan pembubaran kumpulan mereka.

Terkenal dengan personaliti ceria, Yerin sebelum ini banyak kali membuat kemunculan dalam program hiburan televisyen. Terkini, dia mengendalikan program Beauty Time musim ketiga.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm br je single mago tu alih2 da bpecah???

Aku suka lagu tu hihi…

My life is waiting for you, yes you…. Lalala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065091 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list