Meskipun harganya dianggap terlalu mahal untuk sehelai seluar pendek, penampilan Luna Maya dipuji netizen kerana kelihatan cantik dan sesuai dengan imejnya.
Selebriti itu sebelum ini sering mengenakan busana daripada pelbagai jenama fesyen mewah dengan harga yang mahal.
Bagaimanapun, kebelakangan ini, juri progam Maharaja Lawak Mega itu mengakui dia lebih bersederhana dalam memilih jenama fesyen, terutamanya ketika berdepan dengan situasi pandemik Covid-19.
“Sebelum ini, saya sering mahukan barangan yang diperbuat daripada kulit buaya, jenama tertentu dan pelbagai lagi.
“Kesemua itu amat bagus untuk dimiliki, namun situasi sekarang telah berubah dan saya hanya memakai apa sahaja seadanya,” katanya. – AGENSI
Sumber:
https://www.kosmo.com.my