CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2213|Reply: 6

Park Seo-joon sertai MCU, berlakon The Marvels

[Copy link]
Post time 16-6-2021 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Park Seo-joon sertai MCU, berlakon The Marvels


Park Seo-joon akan berlakon di samping Brie Larson dalam sekual Captain Marvel, The Marvels.


PELAKON popular Korea Selatan, Park Seo-joon bakal menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) apabila akan berlakon di samping aktres Hollywood, Brie Larson dalam sekuel adiwira, Captain Marvel.

Menurut laporan Soompi, satu sumber dalam industri perfileman negara itu mendedahkan perkara tersebut.

Sekuel Captain Marvel yang diberi judul The Marvels dijadualkan menemui peminat Hollywood pada 11 November 2022 dijangka akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Satu lagi portal lain mendedahkan bintang siri Itaewon Class itu akan meninggalkan negara kelahirannya untuk ke Amerika Syarikat bagi memulakan penggambaran filem yang ditunggu-tunggu peminat MCU itu.

Seo-joon yang pernah berlakon dalam filem ikonik Parasite pada masa sekarang sedang menjalani penggambaran filem thriller Concrete Utopia yang turut dibintangi dua pelakon hebat, Lee Byung-hun dan Park Bo-young.

Apabila ditanya tentang kesahihan berita berkenaan, sompi.com melaporkan agensi atau syarikat pengurusannya, Awesome ENT memberi respons “no comment”.

The Marvels bakal menyaksikan Brie kembali menjayakan karakternya sebagai Captain Marvel. Pelakon lain yang sudah ‘sah’ terlibat dalam filem yang diarahkan oleh Nia DeCosta adalah Teyonah Paris dan Iman Vellani yang masing-masing akan menjayakan watak sebagai, Monica Rambeau dan Kamala Khan.

Terdahulu, pelakon Korea Selatan lain yang akan terlibat dalam pembikinan filem MCU adalah Ma Dong-seok atau lebih dikenali sebagai Don Lee dalam filem Eternals. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2021 11:25 AM | Show all posts
Oppa

Menyampahnya aku si Brie ni.
Dalam dua nak tengok ke tak sbb dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 01:33 PM | Show all posts
....terbaca tweet kt twitter......jgn scene PSJ cma 2-3 minit sdah

Ni ada plkon Korea berlkon filem Hollywood lg2 filem Marvel mmg xsbr la org nk p tgk....bca2 komen2 dlm internet byk yg x favour/kurg skit dgn filem CM wlpun kutipan filem cecah 1 billion USD.....dgn cast 1 plkon Korea yg in demand skg dptlah tarik penonton2 Asia yg mostly supportive...mgkin bleh dpt kutipan lbih tinggi dr filem CM.....huhuh

Agk2 PSJ pgg wtk apa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni betul2 ye? Bukan cobaan??
Baca tajuk Marvel, teringat Acik milah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 03:00 PM | Show all posts
nadie90 replied at 16-6-2021 01:33 PM
....terbaca tweet kt twitter......jgn scene PSJ cma 2-3 minit sdah

Ni ada plkon Kor ...

i pun rasa mungkin sekejap je kot, ala ala cameo Han Geng ex-Suju dlm movie transformers tu. nak dpt dialog 2-3 line mmg takde la i rasa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2021 05:12 PM | Show all posts
nadie90 replied at 16-6-2021 01:33 PM
....terbaca tweet kt twitter......jgn scene PSJ cma 2-3 minit sdah

Ni ada plkon Kor ...

Ada kemungkinannya macam tu sebab belum ada yang ada banyak babak kalau refer filem2 yang pernah ada sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2021 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapo ni? Tgk muka mcm Han Ji Pyong? Betul x?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.042375 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list