|
KD memuat naik gambar senaman paginya di laman Instagram. - Instagram
Krisdayanti digelar Gadis Baywatch Indonesia
JAKARTA – Aksi senaman pagi penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menjadi bualan netizen kerana kecergasan wanita itu walaupun melangkaui usia 40-an, lapor Suara.com semalam.
Isteri kepada ahli perniagaan, Raul Lemos itu bahkan diberi jolokan Gadis Baywatch iaitu siri televisyen popular di Amerika Syarikat.
Kecergasan KD di usia 40-an dipuji peminat. – Instagram
Antara senaman yang dimuat naik Krisdayanti di laman Instagramnya adalah berenang, tekan tubi dan mengangkat pemberat atau dumbell.
“Apa rahsia KD (panggilan mesra Krisdayanti) ya apabila di usia 40-an masih mampu bersenam seperti orang muda?,” soal seorang peminat.
“KD sangat cantik seperti Gadis Baywatch. Bentuk badan masih mantap seperti Jennifer Lopez,” komen seorang lagi. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
|