|
IOK mohon maaf
AGENSI B.I kesal lancar album ketika kontroversi, harap kejadian tak jejas sokongan peminat.
Annyeonghaseyo! Malang buat penyanyi B.I apabila tindakannya melancarkan album berjudul WATERFALL baru-baru ini berdepan kecaman hebat.
Ini kerana penyanyi terbabit masih dalam proses perbicaraan mengenai kes dadah disabitkan terhadapnya.
Walaupun masih menunggu keputusan kes terbabit, agensinya IOK Company tetap meneruskan untuk merancakkan karier muziknya.
Ia termasuk pelancaran single Midnight Blue yang terus mendaki carta-carta muzik dunia.
Pelbagai perdebatan tercetus susulan itu yang mana agensinya percaya B.I tidak patut menjadi mangsa keadaan kerana kerjaya seninya masih perlu diteruskan.
Bagaimanapun, IOK Company memutuskan untuk memohon maaf atas kontroversi terbabit.
"Tahun lalu, B.I memberi kerjasama terhadap siasatan menyeluruh serta ujian dadah sebanyak sembilan kali mengikut undang-undang ditetapkan. Dia masih lagi menanti dengan penuh sabar keputusan kesnya.
"B.I dan agensi kami berterusan membuat perbincangan bagaimana hala tuju kariernya pada masa hadapan. Dia mengakui kesalahannya dan kami pun reda, tapi kami tidak mampu memutar kembali masa lalu.
"Kami banyak bermuhasabah mengenai kehidupannya serta bagaimana dia perlu terus tunjuk sifat terpuji kepada masyarakat. Begitu juga apa jalan seterusnya yang harus dia pilih untuk meninggalkan kebaikan kepada dunia," kata agensi itu dalam satu kenyataan.
Agensi terbabit sebaliknya percaya mereka perlu optimis bahawa B.I sudah mengambil pengajaran daripada kesilapannya itu. Disebabkan itu, mereka memutuskan untuk terus merancakkan karier penyanyi terbabit.
"Daripada sekadar mengenang nasib dan berefleksi, kami berharap artis kami boleh gunakan pengaruh yang ada untuk berbakti kepada masyarakat. Tidak kisahlah hanya sekelumit mana saja pun.
"Disebabkan itu, kami lancarkan album amal Midnight Blue dan percaya muzik terbabit mampu memberi kesan positif kepada masyarakat lebih daripada apa kami jangka. Kami berharap B.I akan terus dapat berkongsi muziknya," katanya.
Apapun, IOK Company tidak menafikan mereka sangat terkesan dengan perdebatan mengenai kontroversi terbabit. Justeru, mereka memohon maaf seikhlasnya terhadap apa juga tanggapan ramai kepada B.I.
"Kami mohon maaf kerana melancarkan albumnya di kala dia masih terpalit kontroversi kes itu sehingga mengeruhkan keadaan. Buat masa ini, B.I masih lagi menunggu kesudahan kesnya itu.
"Kami juga mohon agar peminat akan terus memberi sokongan serta kata-kata perangsang buatnya. Kami akan menjaga dia sebaiknya dan membantu B.I menjalani kehidupan sebaiknya dengan lebih matang serta terpuji di mata masyarakat," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
i suka talent mamat ni..
he make mistake.. repent..
bg jela 2nd chance..
i think internationally ramai org support dia..
knetz je gile.. over sgt mcm diorg xpenah buat slh..
abusive sgt knetz kt sana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|