View: 2154|Reply: 5
|
Penampilan Billie Eilish yang terbaru
[Copy link]
|
|
Transisi ketara Eilish
PENAMPILAN terbaharu Eilish lebih anggun dan matang.
KEMUNCULAN Billie Eilish pada awalnya jelas menarik perhatian ramai disebabkan keunikan penampilan serta muziknya. Tidak ketinggalan, dia menerima pelbagai kritikan kerana dirinya sangat berbeza selain nyanyian yang pelik.
Bagaimanapun, perubahan terbaharu penyanyi berusia 19 tahun itu berjaya mendapat pujian ramai apabila tampil lebih elegan. Tiada lagi warna pelik pada rambutnya dan dia anggun dengan berambut perang.
Melancarkan lagu baharu berjudul Lost Cause, peminat tidak lekang memuji transisi dirinya. Perubahan ketara Eilish itu juga terserlah pada kematangan bunyi karya terkininya.
Eilish juga begitu selesa dan gembira dengan perubahannya. Menurutnya, lagu Lost Cause itu sendiri memberikan kepuasan maksimum dalam dirinya dan bersyukur dapat menghasilkan muzik video yang bagus.
"Kami menikmati keseronokan terbaik dalam hidup ini menjadi yang paling jelita sepanjang penggambaran muzik video berkenaan," katanya.
Dalam video itu, Eilish berserta beberapa rakan wanita lain sedang berhibur seolah-olah meraikan sebuah kemenangan. Yang pasti, dia juga kelihatan begitu anggun dan lebih matang.
BAKAL lancar album baharu berjudul Happier Than Ever pada bulan depan.
Selepas mencipta fenomena beberapa tahun lalu, Eilish yang juga pemenang Grammy semakin rancak melakar legasinya. Meskipun usia masih terlalu muda, namanya sudah disanjung tinggi dalam industri hiburan.
Mana tidak, dia tampil dengan hala tuju muzik yang sangat segar dan unik, sekali gus menjadi kelebihan buatnya. Identiti Eilish 'ala remaja pemberontak' juga mendapat perhatian satu dunia.
Dia menjadi ikon kepada generasi muda atau dipanggil millennial. Rata-rata pencinta muzik remaja pasti akan menyebut namanya sebagai artis paling mereka gemari.
Meneruskan kerancakan karier muziknya, Eilish bakal tampil pula dengan album baharu berjudul Happier Than Ever pada 30 Julai depan. Semestinya, album itu paling dinantikan selepas kali terakhir dia melancarkan album When We All Fall Asleep, Where Do We Go? pada 2019.
Bahkan, dia turut mengumumkan bakal mengadakan siri jelajah sempena album baharunya itu. Eilish juga merancang untuk mengadakan konsert bermula Februari tahun depan di sekitar Amerika Utara, Eropah dan United Kingdom.
Lebih menarik lagi, sebaik berkongsi tarikh dan pembelian tiket prajualan dibuka, ia terjual habis. Kemudian, dia mengumumkan pula pelancaran lagu baharunya, Lost Cause itu yang sememangnya terus mencetuskan fenomena tersendiri.
Dalam pada itu, Eilish juga akan terus bekerjasama dengan rakannya, REVERB untuk album baharu itu serta siri jelajah dirancang. Mereka juga akan terbabit sama dalam menjayakan kempen Music Climate Revolution.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Please don’t be another Britney Spears. BS was surrounded by wrong crowd, fame & money smpi mental jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
music vid baru pon nmpk dah tunjuk skin. dolu2 xhadernyee nk tunjuk, asik pakai short with baggy clothes. now??? there u gooo |
|
|
|
|
|
|
|
Avril Lavigne 2.0.. tapi Billie lebih phenomenal. |
|
|
|
|
|
|
|
miu84 replied at 11-6-2021 09:26 PM
Avril Lavigne 2.0.. tapi Billie lebih phenomenal.
I rasa avril jauh lg phenomenal. Tu zmn tanpa youtube n socmed. Semua duk tampal poster2 sheol. Lagu dia laki perempuan dgr. First album dia ya ampun sedap2 semuanya. Gigih nak pakai tie mcm avril. Ada yg nk belajar skating sbb dia.
BE ni i x nmpk apa specific dia melainkan rambut hijau.
Avril dlu xbest bila dia bertukar jd matang. Awal sgt dia tukar |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 19-6-2021 05:11 AM
I rasa avril jauh lg phenomenal. Tu zmn tanpa youtube n socmed. Semua duk tampal poster2 sheol. La ...
Betul juga tu. Padehal zaman tu soc media tak meluas macam sekarang kan. Cuma BE ni ada menang grammys lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|