CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1250|Reply: 0

Kebolehan pelajar ini untuk ‘terbang’ melepasi 60 cawan raih perhatian

[Copy link]
Post time 3-6-2021 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Kebolehan pelajar ini untuk ‘terbang’ melepasi 60 cawan raih perhatian




Dalam acara sukan di sekolah kita mempunyai acara lompat jauh di mana peserta bertanding dalam menentukan siapa yang boleh melompat paling jauh. Namun seorang lelaki dari China ini membawa acara tersebut ke tahap seterusnya dengan kebolehannya untuk melompat melepasi 60 biji cawan Coca Cola yang disusun secara menegak.

Ren Jiahang adalah seorang pelajar dari Beijing Sport University, China yang gemar bersukan. Dia hanya terdetik untuk memulakan cabaran melompat cawan itu beberapa bulan lalu ketika sedang meminum secawan air Coca Cola.

Ingin melihat berapa biji cawan yang dia mampu lepasi, Jiahang akhirnya berjaya menyusun 60 cawan sebagai ukuran kejauhan lompatannya



Bermula dari bilangan yang sikit, pelajar itu juga pernah tercederakan lututnya sebelum dia berjaya mencapai kejauhan 60 cawan.

Walau bagaimanapun, lompat jauh bukanlah sukan kemahirannya, sebaliknya pelajar itu sebenarnya adalah seorang pelari pecut. Dalam video yang dikongsikan juga dapat dilihat Jiahang menggunakan kemahiran pecutannya untuk berlari di atas angin ketika melompat melepasi susunan cawan berkenaan.

Rata-rata netizen juga kagum dengan kebolehannya itu hingga ada yang tertanya-tanya bagaimana dia boleh ‘melawan graviti’.

“Bagi dia masuk Olimpik…”



“Berjalan atas angin…”



Betul la orang Asia boleh terbang macam dalam filem…”





Sumber: Twitter

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.145135 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list