CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2687|Reply: 12

Rahsia kemasyhuran Salman Khan

[Copy link]
Post time 1-6-2021 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Rahsia kemasyhuran Salman Khan

Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan.

Selepas lebih 30 tahun berada dalam industri seni, tidak dinafikan Salman Khan antara pelakon Bollywood kegemaran ramai.

Walaupun sering terpalit dengan pelbagai kontroversi, Salman Khan tetap mendapat sokongan dan dorongan peminat kerana keperibadiannya terhadap orang ramai.

Terkenal dengan sifatnya yang pemurah, baik hati dan mempunyai humor tersendiri maka tidak hairanlah Salman Khan kekal popular dan menjadi pujaan ramai sehingga kini.

Mesra peminat


Salman Khan tidak pernah menghampakan peminat ciliknya - FOTO dabbooratnani

Dengan lebih 11 juta pengikut, pelakon berusia 55 tahun ini sering berinteraksi secara langsung berkaitan perkembangan terkininya bersama peminat secara berkala.

Gemar dan tidak kekok melayan kanak-kanak, Salman Khan juga mempunyai populariti yang luar biasa dalam kalangan peminat cilik.

Pelakon ini tidak pernah menolak permintaan anak kecil bergambar dan tidak semua peminat Salman Khan bernasib baik seperti peminat kanak-kanak.

Selain itu, Salman Khan juga banyak membabitkan peminat dalam mempromosikan filemnya serta berinteraksi secara terus dengan mereka.

Gaya dan sikap inilah yang menjadi salah satu rahsia Salman Khan kekal popular serta berjaya memikat hati orang ramai.

Bakat semula jadi


Tidak dinafikan Salman Khan seorang penghibur sejati dan bakat yang dimilikinya adalah semula jadi.

Kemahiran menari yang unik serta kemampuan lakonan mantap mampu memukau hati mereka yang melihat.

Salman juga mempunyai cara berbeza menangani kritikan serta personaliti merendah diri menjadikannya bintang yang sebenar.

Dia juga mendorong ramai pelakon bercita-cita tinggi untuk mengembangkan karier mereka di Bollywood.

Pemurah, baik hati

Sebagai seorang ikon, Salman Khan menunjukkan teladan yang baik yang mana dia banyak memberikan inspirasi kepada peminatnya untuk terbabit dalam kerja amal.

Pelakon itu juga melancarkan 'Being Human', sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang membantu anak kurang bernasib baik di seluruh India bagi mendapatkan pendidikan lebih baik.

Dia turut melakukan banyak sumbangan di India sejak pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia selain menyatakan hasrat menyerahkan sebahagian keuntungan filem baharu terbitannya berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai kepada mereka yang memerlukan.

Saksikan Radhe: Your Most Wanted Bhai



Filem yang dinanti peminat Bollywood ini bukan sahaja menampilkan Salman Khan sebagai hero tetapi dia juga selaku produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri.

Diarahkan Raja Tari, 'Prabhudeva', peminat berpeluang menyaksikan gandingan Salman Khan bersama aktres jelita, Disha Patani.

Tidak ketinggalan, aktor Jackie Shroff dan Randeep Hooda yang turut memegang antara watak penting dalam filem ini.

Radhe: Your Most Wanted Bhai mengisahkan bagaimana seorang pegawai polis bernama Radhe menangani kes sindiket dadah yang kian meningkat di Mumbai.

Kehebatan Radhe menyelesaikan kes jenayah dengan cara tersendiri yang membuatkan penjenayah berasa gerun sehinggakan sindiket dadah berkenaan berjaya ditumpaskan.

Saksikan filem penuh aksi ini menerusi laman sesawang dan aplikasi tonton CINEMA mulai 3 Jun 2021 dengan hanya RM15 sahaja.


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
B40 kat india dok soksek 'white tiger' tu pasal si leman ni la
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelakon perempuan silih berganti untuk jadi heroin..dia masih maintain jadi hero..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
X salah aku... Dia juga bagi duit bantuan pada pekerja2 perfileman  bollywood utk hadapi covid tahun 2020 dan tahun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Prabhudeva wohaaaaaaa... Aku suka gila dia.. ada filem tak salah aku Anil kapoor jadi hero.. Madhuri dixit jadi heroin.. Ada adegan dlm filem tu.. Madhuri menari dgn Prabhudeva
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 1-6-2021 10:35 PM
Prabhudeva wohaaaaaaa... Aku suka gila dia..  ada filem tak salah aku Anil kapoor jadi hero..  ...

Itu Pukar my feberet movie lagu dalam tue sume sedap sedap Ar Rahman yg compose terutama lagu yg kat ice tue yg madhuri joget dgn prabhudeva tue pun best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah_ary2 replied at 2-6-2021 10:27 AM
Itu Pukar my feberet movie lagu dalam tue sume sedap sedap Ar Rahman yg compose terutama lagu yg k ...

Muahahaha.. Kan.. Byk kali layan kat utube.. Satu lagi yg dia jadi invisible..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-6-2021 11:50 AM
Muahahaha.. Kan.. Byk kali layan kat utube.. Satu lagi yg dia jadi invisible..

Eh ada ke lagu yg dia jadi invisible? Eh mcm besg pulak nak cari kat netflix nak tgk balik movie ni. Movie nilah yg menang national india film awards anil kaloor menang best actor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah_ary2 replied at 3-6-2021 08:14 PM
Eh ada ke lagu yg dia jadi invisible? Eh mcm besg pulak nak cari kat netflix nak tgk balik movie n ...

Bukan filem yg sama.. Jap nak cari.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah_ary2 replied at 3-6-2021 08:14 PM
Eh ada ke lagu yg dia jadi invisible? Eh mcm besg pulak nak cari kat netflix nak tgk balik movie n ...

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 3-6-2021 08:31 PM

Omgg thank you lagi ni memang besttttt dgn Sri Devi pulak tue thankkk youuu Sarah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2021 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah_ary2 replied at 3-6-2021 11:53 PM
Omgg thank you lagi ni memang besttttt dgn Sri Devi pulak tue thankkk youuu Sarah

Hihihi.. Best kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Salman,Amir n Srk..tiga khan tu mmg i suka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.077080 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list