CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1647|Reply: 2

Angelina Jolie dihurung lebah selama 18 minit

[Copy link]
Post time 21-5-2021 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Angelina Jolie dihurung lebah



ANGELINA Jolie sahut cabaran mengambil potret dihurungi lebah hidup selama 18 minit.
Los Angeles: Bintang Hollywood, Angelina Jolie, 45, menyahut cabaran mengambil potret dihurungi lebah hidup selama 18 minit.

Jolie juga mendedahkan dia tidak mandi selama tiga hari bagi menjalani penggambaran itu.

Jolie berkata, tugasan itu bukan mudah tetapi dia berjaya menenangkan diri dan mengakui ia pengalaman yang cukup unik buatnya.

"Saya rasa begitu seronok dapat bersatu dengan makhluk indah ini. Semestinya ada rasa berdengung. Saya kena diam dan berdiri tegak. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk saya.

"Saya perlu letakkan penutup di lubang hidung dan telinga supaya tidak dimasuki lebah. Saya juga tidak dibenarkan mandi untuk tiga hari.

  


"Mereka (penjaga lebah) kata, jika saya ada wangian syampu dan minyak wangi, lebah itu tidak dapat kesan saya ini apa. Mereka tidak mahu lebah itu keliru sama ada saya adalah bunga," katanya.

Penggambaran itu dibuat untuk National Geographic yang bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan lebah. Ia juga bertujuan untuk memperingati Hari Lebah Sedunia semalam.

Jolie turut mengakui projek itu satu penghormatan besar buatnya.

Katanya, dia sangat teruja untuk menjadi jurucakap untuk aktiviti penjagaan lebah dan kepentingannya dalam ekosistem dunia.


Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2021 10:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 11:52 AM | Show all posts
Jolie juga mendedahkan dia tidak mandi selama tiga hari bagi menjalani penggambaran itu.


apa kaitan tak mandi dengan photoshoot ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.038997 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list