View: 1292|Reply: 0
|
Cita Citata makin rapat dengan Indra Bruggman
[Copy link]
|
|
Cita Citata makin rapat dengan Indra Bruggman
Jakarta: Walaupun dikenali selektif memilih pasangan hidup, penyanyi dangdut sensasi, Cita Citata dikhabarkan sedang menjalin hubungan rapat dengan pemuda dikenali, Indra Bruggman.
Dia yang pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini serta hubungan percintaan, menginginkan seorang suami yang bekerja keras dalam hidup.
"Saya kan pernah gagal. Jadi kena lebih selektif, ditapis dulu. Nanti bimbang ada satu momen di mana seorang perempuan, saya sebagai wanita mengandung tidak dapat bekerja.
"Jadi suami boleh tanggung hidup saya jika hamil dan tidak mampu bekerja. Jangan pula, isteri yang terus kena kerja," katanya.
Bagaimanapun, hubungan Cita dan Indra kini dalam proses mengenali hati budi dengan rapat di antara satu sama lain.
"Semua perkara sekarang perlukan proses. Misalnya dengan pendekatan aku dipertengahan hubungan, tiba-tiba tidak serasi dan itu bukan kesalahan kami berdua.
"Proses itu berlangsung sekarang. Memang kami dekat tapi masing-masing sibuk," katanya lagi.
Selama berkawan dengan Indra, penyanyi berusia 26 tahun ini turut mengakui dia berasa sangat bahagia.
Selain sama-sama mempunyai darah Sunda, perbualan mereka juga banyak berkisarkan mengenai perniagaan.
"Saya suka perniagaan dan begitu juga Indra. Perbualan kami banyak tertumpu kepada perniagaan. Tapi secara keseluruhan untuk membina satu hubungan itu perlu ada keserasian agar ia jadi lebih mudah," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
|