View: 4231|Reply: 2
|
Kekal Harmoni - Tip Privasi Di Rumah Mertua Tapi Masih Jaga Hati!
[Copy link]
|
|
Edited by natrahn at 4-5-2021 03:44 PM
Situasi pasangan yang sudah berkahwin tinggal dengan keluarga mentua dalam kalangan masyarakat bukan sesuatu yang baharu.
Apabila tinggal sebumbung, menjaga aurat dan tatasusila perlu diberi perhatian yang serius, lebih-lebih lagi apabila tinggal dengan ipar-duai yang berlainan jantina di bawah bumbung sama.
Malah, duduk bersama dengan mentua selepas kahwin boleh wujudkan konflik. Ketahui cara untuk pastikan privasi anda terjaga tetapi masih menjaga hati orang tua!
1) Pastikan ada ruang sendiri
Privasi pasangan adalah yang paling disebut-sebut bila tinggal sebumbung dengan mertua. Pastikan segala pertelingkahan rumah tangga tidak dilakukan di hadapan orang tua kita.
2) Pilih bilik terbaik
Pastikan bilik yang dipilih tidak menganggu ahli keluarga lain atau lebih baik kalau ada bilik air sendiri. Privasi di bilik tidur adalah rahsia suami isteri. Sebab itu, orang luar tak kira saudara, mertua atau adik beradik sekalipun dilarang masuk kerana di situ semua aktiviti sulit suami isteri dilakukan.
Pastikan anda hias bilik atau ruangan tu untuk keselesaan anda. Lakukan aktiviti memperindahkan bilik tidur demi kebahagiaan rumahtangga.
3) Hartanah dwi kunci atau townhouse
Jika ada rezeki lebih, bolehlah melaburkan sedikit wang untuk membeli hartanah yang menjaga privasitapi masih duduk serumah samada kondo dwi kunci atau townhouse.
Kondo dwi kunci adalah dua unit dengan pemilikan hartanah sama yang memisahkan bilik tidur dan air tapi berkongsi dapur, ruang tamu dan lain-lain.
Townhouse juga pilihan yang baik. Ia seperti duduk dalam satu rumah sama cuma di tingkat dan akses serta ruangan yang berbeza.
4) Berbincang dan tetapkan batasan masa
Pembentukan rutin harian penting untuk mewujudkan pemahaman yang pada waktu-waktu tertentu, anda tak boleh diganggu terutama ketika bekerja dari rumah.
5) Rajin dan tak berkira
Janganlah terlalu menunjuk sikap malas semasa tinggal di rumah mertua.
6) Jangan masuk campur dengan masalah tertentu
Sebagai anak atau menantu, seeloknya kita jangan mencampuri urusan yang berlaku antara mereka. Hormati orang yang tinggal serumah.
Dah duduk sebumbung di rumah mertua, kita kena ikut peraturan mereka. Jangan memandai ubah apa yang dah sebati dalam rumah.
Hati orang tua tidak dinafikan memang mudah tersinggung walaupun anda merasakan perbuatan anda tidak salah. Memang anda memerlukan privasi, tapi itu tak menjadikan tiket untuk bersikap biadab dengan mereka.
Semoga bermanfaat.
Kredit artikel - PropertyGuru |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|