CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1129|Reply: 0

Kanye West mahu hak penjagaan sama rata

[Copy link]
Post time 15-4-2021 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Kanye West mahu hak penjagaan sama rata



Los Angeles: Penyanyi dan komposer Kanye West, 44, menuntut hak penjagaan sama rata terhadap empat anaknya hasil perkahwinan dengan sosialit terkenal, Kim Kardashian.

Menerusi permohonan terbaharu itu, West mahu mendapatkan hak jagaan bersama dengan Kim supaya pertalian dan kasih sayang dengan anak-anak tidak terjejas.

Walaupun rumah tangganya dengan Kim sudah musnah, West mahu memastikan anak-anaknya tidak berasa sunyi tanpa kehadiran seorang bapa.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu tidak menuntut sebarang bantuan sokongan kewangan untuk tujuan membesarkan anak-anak memandangkan masing-masing kini sudah memegang status bilionair.

Sebelum ini, Kim memfailkan perceraian pada Februari lalu selepas dia dan West tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun West tidak menyatakan punca perpisahan sebaliknya memaklumkan mereka tiada lagi persefahaman.

West tinggal di kediamannya di Wyoming, manakala Kim bersama anak-anak mereka menetap di rumah agam pasangan itu di California.

Pasangan itu berkahwin pada 24 Mei 2014 di Florence, Itali. Hasil perkongsian, mereka dikurniakan empat anak iaitu North, 8, Saint, 6, Chicago, 3, dan Psalm, 2.

Sumber :https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.058875 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list