Toyota Corolla Cross dilancar, TNGA, 1.8-liter dan CVT, dari RM124k
Setelah dilancar di Thailand tahun lepas, Toyota Corolla Cross kini tiba di Malaysia secara rasmi. UMW Toyota Motor mengumumkan penawaran Corolla Cross di sini dengan pilihan dua varian seperti berikut:
Untuk yang kurang jelas, ya benar, ini kali pertama Toyota Corolla hadir dalam bentuk badan SUV. Sebelum ini, nama Corolla hanya terkenal dengan bentuk sedan, coupe, wagon dan hatchback.
Di pasaran Malaysia, Corolla Cross akan menggantikan tempat C-HR yang kini tidak dijual lagi. Kedua-dua model ini menggunakan platform TNGA (Toyota New Global Architecture), cuma Corolla Cross menggunakan suspensi belakang torsion beam yang lebih rendah kos berbanding C-HR yang menggunakan double-wishbone.
Corolla Cross juga mempunyai jarak roda sama dengan C-HR iaitu 2,640mm, tetapi ia 100mm lebih panjang, 30mm lebih lebar dan 55mm lebih tinggi.
Berbanding Corolla Altis sedan pula, SUV kompak ini lebih pendek, tetapi lebih lebar dan lebih tinggi.
Toyota Corolla Cross menampilkan rekaan unik dengan gril depan trapezoidal, lampu depan dan belakang nipis, dan fender cembung yang agak ketara. Rekaan bersegi pada fender ini secara tidak langsung memberi imej rugged pada SUV ini.
Varian 1.8G didatangkan dengan lampu halogen, manakala 1.8V dengan unit bi-LED dan DRL.
Dari segi dalaman, papan pemukanya berkongsi dengan Corolla Altis sedan. Jadi ia mendapat kelengkapan seperti paparan instrumen 7-inci dan pendingin hawa dwi-zon. Sistem infotainmen pula lengkap dengan kamera undur serta sambungan Bluetooth, Android Auto dan Apple CarPlay.
Untuk kedua-dua varian G dan V, Corolla Cross dipacu enjin 1.8-liter Dual VVT-i 2ZR-FE yang digabungkan dengan transmisi CVT. Powertrain ini serupa dengan Corolla Altis sedan dan C-HR, menghasilkan 139hp dan 172Nm tork.
Salah satu ciri utama pada Corolla Cross ini ialah kapasiti kargonya yang dikatakan paling besar dalam segmennya, iaitu 440 liter. Pintu kargo belakang adalah berkuasa dengan ciri pengesan gerak kaki (kick motion).
Toyota juga berkata Corolla Cross mempunyai radius pusingan paling kecil dalam kelasnya, iaitu hanya 5.2 meter. Ini pasti memudahkan pengemudian di dalam bandar.
Dari segi keselamatan, Corolla Cross mendapat TSS 2.0 (Toyota Safety Sense) (varian 1.8V sahaja) yang merangkumi:
Pre-Collision System (PCS) Lane Departure Alert (LDA) dengan Steering Assist Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) Lane Tracing Assist (LTA) Automatic High Beam (AHB) Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) Tyre Pressure Warning System (TPWS) Ciri lain adalah tujuh beg udara dan penarafan 5-bintang untuk ASEAN NCAP.
Corolla Cross boleh dipilih dengan lima pilihan warna iaitu Red Mica Metallic, Platinum White Pearl, Metalstream Metallic, Graphite Metallic dan Nebula Blue Metallic.
if u are SUV type of person sure it's considerable. but if u are someone who is all about comfy and smooth sedan ride, definitely R-Line i would say is your one. with their good throttle responsivity, bumpy and cornery would be something u enjoy 🥳🥳
aah tapi mcm ikutkan malas nnti nk bnyk loan kan so kita guna ikut mampu. plus not bad jugak kalau kita modify kereta kita asal boleh guna n banyak bills nak kena tanggung kan. kena ukur baju di badan sndiri haha
sy rasa axia tu pun dah kira ok. cuma nnti dah habis bayar kan msti boleh upgrade kereta baru. plus, rasanya lagi baik kalau pakai kereta mampu bayar ni sbb kalau nak repair accident ke kan
nasib baik iolss sekarang dah jumpa minyak yang mesra pelanggan tau hihi. korang mmg kena cuba try perbezaan dia. sbb dulu sy jenis tukar2 minyak jugak but lastly stuck dengan brand sekarang ni
yep sebab tu nak modify mmg pakai banyak duit. kalau accident susah tu nak cover balik. at least kalau minyak kita boleh dapat yg harga rendah takpe lagi, lain mesti boleh cover
sy guna shell je. start dah dekat setahun jugak and mmg best sbb banyak kali guna mmg confirm dapat extra km tau. so korng mmg kena cuba tak rugi duit poket hahah
dulu aku kerap2 jgk tukar minyak ni tpi last aku pkai shell mmg lekat sampai sekarang. beza gila rasa bila drive tu kan rasa smooth je and banyak gila bars left sbb masa tu aku gi pahang dari johor. kira jauh jugak n xyh pam lagi