CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1592|Reply: 0

Katharine McPhee Selamat Bersalin, David Foster Timang Anak Ke-6 Di Usia 72 Tahu

[Copy link]
Post time 26-2-2021 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Katharine McPhee dan suami, komposer serta mogul muzik, David Foster, 72, dilapor selamat menimang cahaya mata lelaki pada Khamis.


Menurut wakil jurucakap penyanyi itu, Katharine, 37, dan bayinya kini berada dalam keadaan sihat dan baik.




Kredit foto: Billboard



"Ibu, bapa dan anak lelaki berada dalam keadaan baik dan sihat," kata wakil tersebut dipetik dari Eonline.


Ini merupakan cahaya mata keenam David.


Hasil perkahwinan terdahulu, David mempunyai lima anak iaitu Erin, Amy, Sara, Allison Jones dan Jordan.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2019 selepas kali pertama bertemu pada tahun 2006 menerusi program American Idol musim kelima yang disertai Katharine.


Menerusi wawancara sebelum ini, Katharine berkata dia sedikit risau untuk membesarkan anak lelaki yang pastinya berbeza jika dia dikurniakan cahaya mata perempuan.

"Banyak benda saya nak kena ajar dia, jika dibandingkan saya dapat anak perempuan.

"Sebab lelaki ini ada banyak isu dan perkara yang harus diberi tunjuk ajar, yang buatkan saya risau jika tidak dapat tunaikan tanggungjawab seorang ibu dengan baik," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.086466 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list