View: 2209|Reply: 5
|
Isteri Natta Reza Bagi Idea Berpoligami Sebab Rasa Bersalah
[Copy link]
|
|
Penyanyi Indonesia Natta Reza mendedahkan isterinya iaitu Wardah Maulina pernah menyuarakan idea meminta dia berkahwin lagi bagi mendapatkan anak.
Natta bagaimanapun berkata dia menolak cadangan itu kerana menyedari tanggungjawab berat yang harus dipikul, lapor DetikHot.
Kredit foto: IG Natta
"Isteri saya rasa bersalah kerana masih belum ada zuriat di rumah ini dan idea untuk berpoligami datang daripada dia... bagi saya itu bukan jalan penyelesaian.
"Wardah rasa insecure apabila melihat kawan-kawan baru bernikah sudah hamil. Dia jadi sedih, termenung dan itu punca dia bagi idea poligami.
"Ketika mendengar cadangan itu, saya terkejut dan buat saya takut, memilih (poligami) bukan hal yang patut dilakukan meskipun dalam agama ada syariatnya," katanya.
Sementara itu, Natta berkata dia dan isteri akan terus berusaha dan tidak berhenti berdoa supaya dikurniakan cahaya mata.
"Selain perlu bersama dia, kami juga sering buat pemeriksaan kesihatan kerana kadang-kadang masalah ini datang daripada pihak lelaki.
"Cuma netizen yang suka bertanya, termasuklah keluarga dan kawan-kawan membuatkan isteri jadi tak selesa," ujarnya.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Baik buat pemeriksaan dokter dulu, tengok apa penyebab sukar dapat zuriat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada kawan2 yg berbelas tahun kahwin lum ada anak.. tapi diorang happy je cam loving couple holiday sana sini.. enjoy je. Takda rezeki anak ada rezeki lain.. sentiasa bersyukur |
|
|
|
|
|
|
|
akak tau nata de coco jew, ni sapa plak tersesat kat sini |
|
|
|
|
|
|
| |
|