CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2771|Reply: 11

Terlebih Bersenam Sampai Bekas Vokalis Samsons Kena Kanser Kulit Dan Otot

[Copy link]
Post time 21-2-2021 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Bekas vokalis Samsons, Bams baru-baru ini mendedahkan dirinya didiagnosis dengan dua jenis kanser.


Malah, katanya kanser kulit dan otot yang dihidapinya sejak 2020 itu sangat jarang menyerang manusia.




Kredit foto: IG



"Saya disahkan kena kanser pada tahun 2020 dan saat itu pandemik Covid-19 sudah melanda dunia.

"Bayangkan, saat negara dilanda pandemik, saya kena dua jenis kanser yang menurut doktor sangat jarang menyerang manusia dan perlu menjalani pembedahan.

"Mental saya down sebab sehari dimasukkan ke hospital, saya dapat khabar perniagaan yang dijalankan kena tutup kerana tidak mampu bertahan dalam suasana pandemik," ujarnya.


Menurut Gempak yang memetik Suara.com, Bams berkata demikian ketika menjadi tetamu Daniel Mananta di saluran YouTubenya pada Khamis.


Lebih mengejutkan apabila Bams mendedahkan salah satu punca diserang kanser itu kerana menjalani rutin hidup sihat termasuk terlalu memaksa diri bersenam.

"Dulu berat badan saya pernah mencapai 100 kilogram, pernah obes. Selain mengamalkan diet yang salah, saya push diri bersenam dan ia menyebabkan saya diserang kanser," katanya.




Kredit foto: IG




Dedahnya lagi, penyakit itu turut dirahsiakan daripada keluarga ketika mula-mula didiagnosis. Hanya isteri, Mikhavita Wijaya dan orang terdekat tmengetahuinya.







Bagaimanapun, Bams meminta orang ramai tidak merisaukan dirinya kerana kini keadaan kesihatannya jauh lebih baik ditambah pula dorongan dan semangat diberikan keluarganya selain menjalani beberapa siri perubatan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2021 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila yg tertulis utkku, adalah yg terbaik utkmu... Kenangan terindah betul lagu ni.. tapi penyakit kanser dia ni pelik jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Obses senaman sgt kot ni..sama mcm y obses nak bina otot smpai nmpk urat n proportion pn off..

Semoga cpt sembuh drpd kanser ni..mmg agak rare n pelik kanser2 dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow bam speaking london lah. #sallute
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda perlu bersederhana tak perlu berlebihan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 12:31 AM | Show all posts
ada doktor boleh memberi pencerahan, cancer otot ni camane?

first time dengar. terima kasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2021 07:07 AM | Show all posts
Kanser Otot aka Sarkoma.

Sarkoma adalah sejenis barah yang jarang berlaku. Sarkoma berbeza dengan karsinoma yang lebih biasa kerana ia berlaku pada jenis tisu yang berbeza. Sarkoma tumbuh di tisu penghubung - sel yang menghubungkan atau menyokong jenis tisu lain di dalam badan anda. Tumor ini paling kerap terjadi pada tulang, otot, tendon, tulang rawan, saraf, lemak, dan saluran darah lengan dan kaki anda, tetapi ia juga boleh berlaku di kawasan lain badan anda ..

Walaupun terdapat lebih daripada 50 jenis sarkoma, terdapat dua bentuk utama: sarkoma tisu lembut dan sarkoma tulang, atau osteosarcoma. Di A.S., kira-kira 3.500 kes osteosarkoma baru didiagnosis pada tahun 2018; pada tahun 2019 akan ada kira-kira 12.750 kes baru sarkoma tisu lembut.

Sarkoma dapat dirawat, kebiasaannya pembedahan membuang tumor akan digunakan bagi membuang kawasan yang telah terkena jangkitan namun ia mampu menyerang kembali selepas beberapa tahun jika tiada langkah kawalan diambil

link: https://care.upm.edu.my/artikel/apa_itu_sarcoma-57379?L=en
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 05:26 PM | Show all posts
sgt rare. pyh jugak nak kesan. tahu2 jek dah stage 4. x sampai sethn, meninggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 10:31 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 22-2-2021 07:07 AM
Kanser Otot aka Sarkoma.

Sarkoma adalah sejenis barah yang jarang berlaku. Sarkoma berbeza dengan ...

terima kasih.

macam mana nak tahu kalau individu tersebut ada sarkoma, karsinoma ni?
symptom dia?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
My friend kanser kulit sbb suka berjemur dan suka pakai tanning lotion pi spa kalau bukan summer.

Btw, mask apa la dia pakai tu. Hadoi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 07:55 AM | Show all posts
Adrif replied at 22-2-2021 10:31 PM
terima kasih.

macam mana nak tahu kalau individu tersebut ada sarkoma, karsinoma ni?

APA ITU SARCOMA?
Sarkoma adalah sejenis barah yang jarang berlaku. Sarkoma berbeza dengan karsinoma yang lebih biasa kerana ia berlaku pada jenis tisu yang berbeza. Sarkoma tumbuh di tisu penghubung - sel yang menghubungkan atau menyokong jenis tisu lain di dalam badan anda. Tumor ini paling kerap terjadi pada tulang, otot, tendon, tulang rawan, saraf, lemak, dan saluran darah lengan dan kaki anda, tetapi ia juga boleh berlaku di kawasan lain badan anda ..
Walaupun terdapat lebih daripada 50 jenis sarkoma, terdapat dua bentuk utama: sarkoma tisu lembut dan sarkoma tulang, atau osteosarcoma. Di A.S., kira-kira 3.500 kes osteosarkoma baru didiagnosis pada tahun 2018; pada tahun 2019 akan ada kira-kira 12.750 kes baru sarkoma tisu lembut.
Sarkoma dapat dirawat, kebiasaannya pembedahan membuang tumor akan digunakan bagi membuang kawasan yang telah terkena jangkitan namun ia mampu menyerang kembali selepas beberapa tahun jika tiada langkah kawalan diambil.

Tanda-tanda sarcoma.
Sarcoma yang menyerang tisu lembut adalah sangat sukar untuk dikenali sehingga ianya membesar pada tahap mampu dikesan, ketumbuhan jenis ini mampu tumbuh pada mana-mana bahagian di dalam badan.
Antara tanda awal kehadiran ketumbuhan ini adalah wujudnya ketulan namun tidak menyakitkan, pada saat ketulan itu telah besar, ianya akan menghimpit saluran darah atau otot sehingga menyebabkan ketidakselesaan atau kesukaran bernafas jika ia tumbuh pada sekitar paru-paru. Tidak ada kaedah khas untuk mengesan kehadiran awal ketumbuhan ini sehinggalah simtom kehadirannya dapat dikesan sepenuhnya.

Faktor risiko sarcoma:
Tidak diketahui punca sebenar kehadiran sarcoma pada tubuh manusia, namun terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko terjadinya serangan, antaranya adalah:

  • Individu yang mempunyai pertalian darah dengan mereka yang pernah mengidap sarcoma.
  • Individu yang mengalami penyakit tulang yang dikenali dengan nama penyakit Paget.
  • Individu yang mempunyai masalah genetik seperti neurofibromatosis Penyakit Von Recklinghausen (neurofibromatosis) yang dikaitkan dengan perubahan gen NF1, sindrom Gardner, retinoblastoma, atau sindrom Li-Fraumeni yang dikaitkan dengan perubahan pada gen p53.
  • Individu yang pernah terdedah kepada radiasi, biasanya pada sesi rawatan kanser sebelumnya.

Sarkoma dikategorikan sebagai salah satu daripada yang berikut:
  • Sarkoma tisu lembut terbentuk di tulang rawan, lemak, otot, saluran darah, tendon, saraf, dan sekitar sendi.
  • Osteosarcoma berkembang pada tulang;
  • Bentuk liposarcomas dalam lemak; rhabdomyosarcomas terbentuk dalam otot;
  • Sarkoma Ewing terbentuk pada tulang dan tisu lembut.

Kanser tulang dan sendi paling kerap didiagnosis di kalangan remaja, sementara barah tisu lembut biasanya mempengaruhi mereka yang berumur 55 tahun ke atas.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2021 11:21 PM | Show all posts
over workout ke heols.. yang body builder sado2 tu pun risiko jugak la kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.047289 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list