CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6215|Reply: 28

Kim Kardashian Fail Cerai terhadap Kanye West

[Copy link]
Post time 21-2-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Hollywood terkenal, Kim Kardashian, 40, dan Kanye West, 43, berakhir apabila superstar realiti televisyen, Keeping Up With The Kardashians itu memfailkan perceraian di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam.

The Associated Press melaporkan, berita perceraian pasangan selebriti terkenal itu disahkan wakil Kardashian, Christy Welder, namun tiada sebarang penjelasan terperinci mengenainya.


Berdasarkan dokumen perceraian difailkan menerusi peguamnya, Laura Wesser, Kardashian dilaporkan turut memohon hak penjagaan bersama empat cahaya mata, North, 7; Saint, 5; Chicago, 3; dan Psalm, 1, selain bersetuju untuk membahagikan harta sepencarian.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pasangan berkenaan.

Spekulasi keretakan rumah tangga Kardashian dan West mula diperkatakan apabila pasangan berkenaan didakwa tidak tinggal sebumbung, sejak beberapa bulan lalu.

Mengikut sumber, Kardashian dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan. West tinggal di ladang Wyoming, manakala Kardashian bersama anak-anaknya di Calabasas, California.

Kenyataan itu diperkukuhkan apabila kelibat lelaki berkenaan tidak kelihatan pada sambutan Krismas di kediaman adik iparnya, Kourtney, tahun lalu.

Bagaimanapun, demi anak-anak, Kardashian dan penyanyi rap popular itu pernah berusaha menyelamatkan rumah tangga dengan mendapatkan khidmat kaunseling perkahwinan.

Namun, tiada sebarang pengesahan mengenainya, malah mereka terus mengunci mulut mengenai krisis melanda rumah tangga yang dibina sejak tujuh tahun lalu sehinggalah berita Kardashian memfailkan perceraiannya diumumkan, semalam.

Ini adalah perkahwinan pertama West dan ketiga untuk Kardashian yang pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola keranjang, Kris Humphries dan penerbit muzik, Damon Thomas.

Kim Kardashian dan Kanye West bersama empat cahaya mata, North, Saint, Chicago dan Psalm. - Foto IG Kim Kardashian
Kim Kardashian dan Kanye West bersama empat cahaya mata, North, Saint, Chicago dan Psalm. - Foto IG Kim Kardashian
Mengikut laporan USA Today, 2020 dianggap tahun sukar buat Kardashian dan West apabila berdepan dengan kemelut rumah tangga yang berpanjangan.

Ia bermula apabila West mengumumkan diri sebagai calon presiden sebuah parti politik yang gagal mendapatkan perhatian. West juga menimbulkan kebimbangan mengenai tahap kesihatan mentalnya semasa perhimpunan politik apabila berteriak tanpa mikrofon, menangis dan memberikan kenyataan yang sangat peribadi mengenai keluarganya.

Ini termasuk kenyataan liar menolak kehadiran anak pertamanya, North ketika Kardashian hamil. Dengan tangisan, West mengatakan Kardashian berjuang menjaga kandungan dan melahirkannya pada 2013.

Selain itu, West juga berterusan memuat naik ribuan 'tweet' yang membimbangkan, selain mendakwa ibu Kardashian, Kris Jenner seorang yang zalim. Keluarga Kardashian juga dituduh memaksanya menjalani rawatan psikiatri dan berusaha mengurungnya.

Kardashian membalas kenyataan West dalam laman Instagram (IG) dengan mendesak peminat mengasihani West yang sedang berjuang menghadapi penyakit mental.

"Saya faham West boleh dikritik. Dia orang awam dan tindakannya boleh menimbulkan kecelaruan emosi.

"Dia seorang yang cemerlang, tetapi rumit ketika berada di puncak tekanan sebagai artis dan orang kulit hitam. Kehilangan ibu begitu menyakitkannya, selain berdepan tekanan dan pengasingan oleh gangguan bipolar.

"Mereka yang mengenali West tahu isi hatinya. Kata-katanya tidak selari dengan niatnya," tulis Kardashian dalam laman IG pada 22 Julai, tahun lalu.

Pasangan berprofil tinggi yang dikenali sebagai 'Kimye' itu mula berpacaran pada 2012 dan memiliki anak pertama setahun kemudian. Mereka berkahwin dalam upacara gilang gemilang di sebuah kubu abad ke-16 di Florence, Itali pada pada Mei 2014. - AGENSI

Sumber: Berita Harian


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar mereka bersama anak2


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
BarbiePink replied at 21-2-2021 10:18 AM
Gambar mereka bersama anak2

Comel anak2 dia


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya yg bongsu tu, dgn bald nya
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
So desas desus mereka nak cerai betul la. Tak ada angin tak ada ribu. Hopefully kanya gets the help he needs.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 12:24 PM | Show all posts
si bongsu Psalm West tu mmg handsome laa, suka tgk dia!

Kanye is in open relationship with Kid Cudi..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2021 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 21-2-2021 12:50 PM

Berapa org ye anak yang dia sendiri kandungkan? Rasanya hat lelain tu ibu tumpang yg kandung kan?
Kim ni ada problem takleh nak ngandung lagi ke ye?
Kejap je anak dia dah 4 orang rasa cam baru je lagi kawen
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
rookiecake replied at 21-2-2021 11:56 AM
So desas desus mereka nak cerai betul la. Tak ada angin tak ada ribu. Hopefully kanya gets the help  ...

Kira dia nak bercerai sbb masalah bipolar
Kanye tu ke?
Bukan senang hidup ngan pesakit gangguan mental.
Nak plak jenis asik berhalusinasi pastu hat jenis paranoid.
Asik bersangka dan menuduh yg bukan2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2021 01:39 PM | Show all posts
Suchi replied at 21-2-2021 12:44 PM
Berapa org ye anak yang dia sendiri kandungkan? Rasanya hat lelain tu ibu tumpang yg kandung kan?
K ...

anak pertama and kedua dia sendiri kandungkan
lepas lahir anak kedua dia ada masalah peranakan smtg... yg mampu risk her life n future baby kalau dia pregnant lagi so dia decide xnak ambil risiko
tu

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 01:41 PM | Show all posts
Suchi replied at 21-2-2021 12:48 PM
Kira dia nak bercerai sbb masalah bipolar
Kanye tu ke?
Bukan senang hidup ngan pesakit gangguan  ...

kanye kan dah byk kali tweet benda merapu pasal kim and panggil mak mertua dia tu kris jong un
tpi waktu tu kim masih supportive lagi
xtau kenapa but maybe even kim dah sampai limit dia kot n kanye sendiri yg x nak bantuan
kalau kim bawa doktor kanye akn mengamuk kat twitter and leak all privacy stuff
mcm yg waktu kanye tweet pasal dia xnak anak first dia tu n suruh kim gugurkan tapi kim berkeras nak keep
apalah perasaan anak sulung dia kalau dia dah besar n baca statement tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 21-2-2021 12:48 PM
Kira dia nak bercerai sbb masalah bipolar
Kanye tu ke?
Bukan senang hidup ngan pesakit gangguan  ...

Kim jenis tak jaga kesihatan kanye sangat.  Tak pantau kanye makan ubat sebab katenye tu hak kanye takde kene mengene ngan die. Tu pasal kanye ni lepas kawen ngan kim die mcm sewel skit.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama anak north west, saint west, chicago west dan psalm west. Bior betik...
Tapi sume org kenal depa la sampai ke tua...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 21-2-2021 02:29 PM
Kim jenis tak jaga kesihatan kanye sangat.  Tak pantau kanye makan ubat sebab katenye tu hak kanye ...

laa si kanye tu dh tua bangka kut
ke dia ni sejenis lelaki nusantara berkerak dan spesis tamil nadu pakistan sana yg mmg menghambakan bini .......jenis yg harapkan bini sediakan semuanya utk dia termasuk la ubat2 dia.
kalo OKU tu aku paham la gak.
elokla cerai je kalo camtu.pi hire bibik or nurse utk jaga ubat2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Thicc je kim nih..tp sbb potoshop,jd laa thin n curvy.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah kim ceraikan si gila tu.mamat ni kawen ngan dia sbb nk gunakan dia je.semua kim buat sendiri.even baju keluaran si gila tu pon kim yg gigih promote.sunday service si gila pon kim yg promote.anak2 pulak kim yg jaga.si kanye konon sibuk outstation buat lagu ngan clothing line dia.family depa tu bsabar je ngan kerenah si kanye tu.pdn muka kena tinggal kim!
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
weezerfan replied at 21-2-2021 04:39 PM
Baguslah kim ceraikan si gila tu.mamat ni kawen ngan dia sbb nk gunakan dia je.semua kim buat sendir ...

tak sangka ya di sebalik kemasyuran acik Kim selama ni, her real life tak jauh beza pun dgn ibu tunggal lain yg mana semuanya harapkan bini je sediakan.
yg bekas suami lak cuma contribute sperm je.
elok lagi la life si syella retis sendu msia ni yg sah2 dpt kawen org kaya.siap dpt banglo bagai lagi dan hari2 hidup mcm tai tai je
sheols pun x kisah jd retis sendu suam suam kuku je....yg penting dpt jd taitai

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2021 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
memang dah agak lama dah tapi suprisingly lama juga dia tahan dgn kim.

dgn kris humphries pun dia tak suka tapi kawen juga. kawen sebab duit yg bakalan dapat dan jadi talk of the town.
kawen kanye sebab nak catapult stardom sheols. nanti dapat jemputan pi award dan met gala. after party segala.
kanye ni nama besar juga ala2 jay z lagi2 dia ni rajin produce lagu. and dia baik dgn jayz dan beyonce. (walau pernah gaduh tapi latest event p diddy buat nampak mereka kembali berbaik)

ofkos la kim nak jadi “the celebrity among celebrities” status yg dipegang beyonce tu.
dia tau laki dia ada masalah mental kenapa tak nak duduk dgn org tu kat ladang yg heshe beli untuk privacy dan get away dgn dunia luar?


Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tahu anak dia North tu je, then dah tak ambik tahu. 4 anak dah dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-2-2021 03:59 PM
laa si kanye tu dh tua bangka kut
ke dia ni sejenis lelaki nusantara berkerak dan spesis tamil na ...

Itulah, sendiri nak sihat sendiri jaga la
Kalau bini dah tak peduli means dia pun dah sakit jiwa dengan si laki
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ni la kardashian kelate nk tiru tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.304715 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list