View: 6460|Reply: 10
|
Bersyukurlah jika isteri yang dapat sebulan RM50 tu masih ada disisi kita
[Copy link]
|
|
Bersyukurlah bro...
Bersyukurlah jika isteri yang dapat sebulan RM50 tu masih ada disisi kita.Bersyukurlah jika isteri yang selalu menanggung perbelanjaan keluarga itu masih bersama kita.
Bersyukurlah jika isteri yang selalu kita marah dan maki itu masih ada didepan kita.Bersyukurlah jika isteri yang selalu kita curangi dan khianati tu masih bersabar dengan perangai kita.
Kenapa kita perlu bersyukur?
Sebab dia masih mampu untuk meneruskan kehidupan berumahtangganya dengan kita.Sebab dia masih mampu untuk bertahan dalam hubungan yang penuh dengan tekanan. Kalau perempuan lain yang jadi isteri kita, mungkin dah lama dah dia pergi meninggalkan kita.
Perempuan mana yang boleh cukup dengan 50 ringgit sebulan? Perempuan mana yang sanggup menanggung kewajipan orang lain setiap bulan? Perempuan mana yang boleh hadap kena marah, maki hamun setiap hari? Perempuan mana yg boleh bertahan kalau suami dia asyik curang dan khianati dia.
Tapi kita masih ada PEREMPUAN itu disisi...
Dan sebab itu jugaklah kita masih menjadi seorang suami pada hari ini.
Ada saja pilihan yang lebih baik untuk dirinya tapi dia masih meletakkan harapan dalam hubungannya dengan kita.
Maka, bersyukurlah jika anda mempunyai seorang isteri yang masih boleh bertahan dengan orang seperti anda. Tak ramai lelaki yang BERTUAH seperti anda kerana mungkin bagi lelaki lain, mereka dah pun menduda disebabkan tingkah laku dan perangai mereka terhadap isteri mereka.
Bila mereka menyesal, tak ada apa-apa yang mampu mereka ubah kecuali diri mereka sendiri.
Sumber : Firdaus Shakirin |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Bersyukurlah sbb susah nak dapat wife yg mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa nk angkat kaki bawak anak2. Tak daya dh nk hadap perangai laki culas bg nafkah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Diamje: Rasa nk angkat kaki bawak anak2. Tak daya dh nk hadap perangai laki culas bg nafkah ni...
Bersyukur dapat lelaki macam tu jadi suami, boleh buat pahala banyak2, masuk syurga sesenang. Tu pun satu ujian Allah juga. Semua tu nikmat ujian dari Allah nak uji kita nak bagi syurga free pada kita. Ada isteri/suami tu baik sangat, sampai meninggal dunia dengan mudah dan waktu muda pula tu. Dia tak buat dosa tunggu lama2 kat dunia. Untung jadi suami/isteri soleh solehah macam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan la mcmtu. Utamakan anak isteri murah rezeki. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nurul8001 at 14-5-2021 12:33 PM
Kat tiktok, ada satu lelaki ni bagitau "rahsia" lelaki yg ramai org tak tau. Saya tak pandai tepek tiktok.
Dia kata, orang lelaki akan berkahwin dgn perempuan yg dia mampu miliki. Yang boleh terima dia seadanya ketika dia berkahwin tu lah. Tapiiiiii, bila dia dah mampu memilih, bila dia dah senang la pendek kata, dia akan cari orang perempuan yang memenuhi kehendak dia pulak.
Tak guna betul org lelaki mcm tu. So, tak payah la nak bersusah-susah sangat. Kita kena menyusahkan lelaki kita dengan pastikan dia tau priority. Nafkah kena pastikan, dia jangan culas. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat jiran terdekat suatu ketika dulu.. laki dia sekali dpt beratus riban.. tapi bg ciput je kat bini..
kita org la jd mangsa.. sat mntak nasi seperiuk, sat mntak gulai seperiuk.. mintak bawang, mntk itu..mntk ini.. pak aku pulok yg tanggung mrk.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebulan 50 hengget? posa tiap hari.. berbuka dgn mkn nasi air/moi/bubur lambuk.. minum air kosong..
guna telaga, guna pelita.. lampu solarpun boleh.. nk ke mana mana, jln kaki atau naek basikal...
say no to..,kipas, mesin basuh, fridge, oven, periuk letrik.. hp, komputer/notebook..
kain, baju.. samada jahit sdri atau beli bundle..
rumah, pastikan dh ada rumah sdri...
suami kena rajin mancing ikan, ternak ayam itik, pelihara kambing atau lembu.. nk mkn telor, kutip je kat reban..nk ayam boleh sembelih.. ikan, dpt free.. sayur sayuran, ulam, bawang, semua ditanam..baja buat sdri.
yg dibeli cuma, gula dan garam..
ada baki dr 50henggit tu..noleh simpan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|