CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1919|Reply: 7

5 Kerjaya Awal Bintang Rock Sebelum Terkenal

[Copy link]
Post time 12-2-2021 08:09 PM | Show all posts |Read mode
5 Kerjaya Awal Bintang Rock Sebelum Terkenal

Usaha tangga kejayaan! Itulah yang selalu diungkapkan setiap kali kita berdepan kegagalan atau kesusahan.

Lima nama besar di bawah besar kemungkinan merupakan nama-nama yang sudah terkenal di serata dunia, ekoran kemahsyuran mereka sebagai bintang rock yang berpengaruh.

Namun mereka juga perlu bermula dari bawah seperti orang lain sebelum menempa kejayaan. Berikut adalah lima kisah kerjaya awal bintang rock unik yang kami harap memberikan anda inspirasi untuk berjaya.

1. Vokalis kumpulan Korn bekerja sebagai seorang koroner




Terkenal sebagai salah seorang ikon paling berpengaruh semasa kebangkitan era nu-metal dua dekad dahulu, Jonathan Davis cukup berminat dengan satu cabang bidang perubatan yang agak digeruni orang ramai – menguruskan mayat; selain daripada kecenderungan kepada muzik yang diwarisi daripada ayahnya yang juga seorang pemuzik.

Pada usia 16 tahun, Jonathan mencari pendapatan sambilan dengan bekerja sebagai pembantu koroner, menjalankan tugas-tugas am semasa autopsi mayat dijalankan.

Pengalaman beliau di situ mendorong beliau menyambung pendidikan dalam bidang sains mortuari di San Francisco College of Mortuari Science. Selepas itu Jonathan meneruskan kerjaya pengurusan mayat di Jabatan Koroner Kern County serta bertugas sebagai pengawet mayat secara sambilan.

2. Mendiang Chris Cornell suka bekerja di dapur



Nama Chris Cornell sudah sinonim dengan muzik rock, ekoran kemunculannya bersama-sama kumpulan Temple of the Dog, Soundgarden dan Audioslave. Malangnya masalah tekanan yang dihadapi mengakibatkan beliau membunuh diri dengan menggantung dirinya.

Chris mencapai kejayaan agak lewat berbanding bintang rock sama generasinya pada usia 27 tahun, jadi dia perlu menampung hidup dengan pelbagai cara sambil meneruskan kerjaya muzik secara sambilan.

Beliau pernah bekerja dalam beberapa bidang berbeza tetapi mempunyai satu persamaan – makanan. Pada usia muda, Chris bekerja sebagai seorang pembantu jualan makanan laut menguruskan bekalan ke restoran-restoran.

Semasa permulaan pembentukan kugiran Soundgarden, Chris menampung diri bekerja sebagai tukang masak di dua buah restoran sekitar Capitol Hill sehinggalah Soundgarden ditandatangani oleh syarikat rakaman besar. Pada tahun 2007, Chris akhirnya mempunyai dana bagi memiliki restoran sendiri.


3. Ozzy Osbourne suka menyembelih haiwan



Salah seorang individu yang dikategorikan ikon besar dalam industri muzik dunia, Ozzy Osbourne kini bukan saja dikenali kerana muziknya malahan turut mempunyai rancangan realiti kekeluargaan sendiri.

Satu ketika dahulu sebelum usaha keras dalam bidang muziknya menampakkan hasil, Ozzy hanyalah sebahagian daripada generasi anak muda era 1960-an di England yang perlu berdepan dengan tekanan ekonomi. Jadi dia melakukan apa saja kerja yang dia dapat; sebagai seorang buruh, tukang baiki paip dan pekerja kilang kereta.

Tetapi dia menemui minatnya yang sebenar semasa bekerja sebagai seorang tukang sembelih haiwan. Dia mengaku sangat berminat melihat sendiri bagaimana haiwan yang hidup diproses menjadi daging mentah setiap hari.

Selain itu, Ozzy juga mengakui kerjaya sebagai tukang sembelih mudah kerana waktu kerjanya yang pendek. Dia hanya perlu menghabiskan kuota sembelihan setiap pagi yang biasanya tamat pada jam 10, membolehkan dia ada banyak masa terluang.


4. Eddie Vedder mengawal keselamatan hotel



Sama seperti Ozzy Osbourne, Eddie Vedder vokalis kumpulan gergasi Pearl Jam perlu menampung hidup dengan pelbagai kerja. Dia bekerja sebagai pembantu stesen minyak, pekerja kedai runcit dan pelayan restoran.

Nasibnya mula berubah semasa Eddie bertugas menjadi pengawal keselamatan di sebuah hotel bernama La Valencia Hotel yang terletak di California. Ditawarkan kerja kontrak selama 2 tahun, Eddie bertugas di situ dari tahun 1988 sehinggalah 1990.

Bekerja dalam shif malam memberikan kesan pada Eddie. Setiap hari dia perlu berjaga malam, sehingga selesai shif pada jam 9 pagi. Pada penghujung kontrak, hasil daripada rakaman demonya – dia ditawarkan untuk menyertai sebuah kugiran yang berpusat di Seattle.

Eddie memberanikan diri melakukan penghijrahan ke Seattle yang terletak 1,200 km jaraknya dan nasibnya selepas itu berubah.

5. Serj Tankian merupakan seorang pemilik syarikat teknologi




Berbeza dengan nama-nama lain dalam senarai ini, Serj Tankian vokalis kumpulan System of a Down datang daripada latar belakang keluarga pertengahan, membolehkannya mendapat pendidikan yang sempurna.

Keluarganya memilih untuk berpindah dari Lebanon ke Amerika Syarikat pada tahun 1975, membolehkan Serj memulakan pendidikan di sekolah masyarakat Armenia yang terletak di Los Angeles. Dia menyambung pengajian tinggi dalam bidang pemasaran dan perniagaan di California State University.

Tamat pengajian, Serj mencari pengalaman bekerja dalam beberapa industri perniagaan sebelum membuka sebuah syarikat teknologi sendiri secara kecil-kecilan, membangunkan perisian pengurusan yang dinamakan Proprietary Vertical Industry Modular Accounting Software.

Perisian tersebut dibangunkan bertujuan untuk membantu pengurusan akaun syarikat-syarikat pengeluar barang kemas dan produk besi, dengan beberapa syarikat di California menjadi pelanggan utama mereka.

Tidak lama selepas itu, dia bersama-sama dua rakan sekolah rendahnya menubuhkan System of a Down atas minat mereka kepada muzik dan menjadi antara suara paling unik, dalam arena rock dunia.


Sumber :https://cakaplepas.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2021 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem nya Eddie Vedder
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:48 PM | Show all posts
lain mcm pe'el atok ozzy neh
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 08:53 PM | Show all posts

eddie masa muda mmg hensem muka mcm pompuan.dulu aku suka sgt repeat tgk vc unplugged dia nyanyi lagu black.husihh terkesima...sore sedap,rupa siap.tapi bila diorg dah kertu aku bertukar arah ke chris cornell.DILF okeh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 12-2-2021 08:53 PM
eddie masa muda mmg hensem muka mcm pompuan.dulu aku suka sgt repeat tgk vc unplugged dia nyanyi l ...

Bkn dh mati ke criss tu


Anyway my fav pearl jam last kiss
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2021 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Wo, Jonathan tu coroner! R.i.p Chris. Suka Black Hole Sun (Soundgarden) + Like A Stone (Audioslave) dulu. Tgk Eddie terus tingat Last Kiss.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2021 02:56 PM | Show all posts

yela.. ini citer chris sblm mati la neh.last kiss tu lagu2 zaman merundum.suka dengar  lagu2 album ten...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:01 PM | Show all posts
- First job Kurt Cobain adalah janitor
- Brandon Flowers the Killers pernah kerja sbg bellhop hotel
- Joe Strummer the Clash pulak penggali kubur
- Mick Jagger, attendant spital
- Anthony Kiedes Red Hot Chili Peppers pernah kerja jual dadah ikut bapak dia
- Tom Morello, gitaris Rage Against the Machine pernah jd penari eksotik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.223648 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list