|
Edited by piao at 9-2-2021 09:56 PM
Anak Zahid Hamidi cari peniaga tular, mahu bantu bayar kompaun RM1,000
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, terdapat segelintir rakyat masih ‘samar-samar’ dan keliru mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Baru-baru ini, tular mengenai kisah seorang peniaga yang dikompaun kerana dipercayai menghantar pesanan kepada pelanggan tanpa permit melalui sebuah posting oleh pengguna Facebook, Muhammad Najib.

"Nak pergi mana ni?"
"COD tauhu bergedil tuan, customer order."
"Ada permit tak?"
"Err tak, kena ada permit ke?"
"Kena kompaun RM1,000 tak yah cakap banyak."
Balik rumah, isteri tanya.
"Dapat hantar ke tadi bang tauhu bergedil tu? Customer whatsapp ni cakap tak dapat lagi."
"Tak dapat hantar, polis suruh patah balik."
"Habis tak ada la duit jualan hari ni ya?"
"Tak ada tapi kena kompaun RM1,000 ada lah."
"Allahu."
Sekian drama swasta rakyat yang merana.
(Gambar sumber Twitter sekadar hiasan)
Berikutan itu, perkara berkenaan telah mendapat perhatian anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah dengan berkongsi surat denda tersebut di laman Instagram miliknya.
Ujian untuk mereka sewaktu PKP
https://ohmymedia.cc/anak-zahid- ... yar-kompaun-rm1000/
Menerusi posting tersebut, Nurul menyatakan hasrat untuk membantu pasangan suami isteri itu sekali gus meringankan beban kompaun RM1,000 yang dikenakan.

“Allahuakbar. Ujian mereka. Siapa tahu macam mana nak hubungi orang yang kena saman tu? Saya nak bantu bayar,” tulisnya di kapsyen.
Perkongsian wanita berusia 42 tahun itu dibanjiri komen daripada warganet yang tumpang simpati dengan nasib peniaga berkenaan selain turut menceritakan pengalaman masing-masing.
Rakyat marhaen je kena macam ni



Kesiannya. Bukan semua orang senang nak cari rezeki

Belum sempat mencari rezeki, dapat pula denda yang perlu dibayar. Semoga yang terkena tempias ekoran pandemik Covid-19 ini kuat hadapi dugaan!
Sumber: Instagram Nurulhidayah Ahmad Zahid
|
|