CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1842|Reply: 0

[JOHOR] Dah Rosakkan Negara, Jangan Sibuk Nak Rosakkan Bola Sepak, Kata TMJ Kepa

[Copy link]
Post time 2-2-2021 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. (Gambar Bernama)


FMT

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran keras kepada ahli politik supaya tidak merosakkan bola sepak negara selepas “merosakkan negara”.

“Dah merosakkan negara, jangan sibuk nak merosakkan bola sepak,” kata Tunku Ismail yang juga bekas presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Beliau ditanya mengenai ahli politik yang mahu bertanding dalam pemilihan FAM Mac depan, pada sesi soal jawab santai menerusi akaun Instagram miliknya, lapor Berita Harian.

Diminta menggambarkan politik semasa Malaysia menggunakan satu perkataan, Tunku Ismail berkata, “ribut”.

Kongres FAM ke-57 dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 13 Mac dan akan menyaksikan pemilihan barisan kepimpinan baharu badan induk bola sepak negara.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM Abdullah Mohamad Said berkata, sesiapa saja boleh bertanding dalam pemilihan termasuk ahli politik.

Bagaimanapun, sebelum seseorang calon itu diterima bertanding, individu tersebut perlu bersih dan tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah atas apa juga kesalahan jenayah.

Media melaporkan Presiden FAM Hamidin Mohd Amin mengesahkan kesediaannya mempertahankan jawatan itu pada pemilihan berkenaan.

Hamidin berkata, keputusan itu, yang sudah dimaklumkan kepada exco badan induk berkenaan, dibuat selepas perbincangan bersama beberapa pihak termasuk keluarga dan rakan dalam arena bola sepak.

Mohd Yusoff Mahadi turut menawarkan diri untuk mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden FAM.

Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) turut meletakkan sasaran realistik ke atas skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

“Melepasi peringkat kumpulan dan berharap ke suku akhir, sasaran yang realistik. Ia sukar, tapi tiada perkara yang mustahil,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21533 Replies : 117
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39663 Replies : 244
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 175514 Replies : 4053
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14447 Replies : 98
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 6701 Replies : 79
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5066 Replies : 18
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3400 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 72932 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45136 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 1.254236 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list