CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1718|Reply: 0

[JOHOR] Pengantin Abadikan Foto Kenangan Dengan PPE

[Copy link]
Post time 1-2-2021 06:21 PM | Show all posts |Read mode

Azwa dan Nurhafizah mengabadikan kenangan perkahwinan dengan memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE). FOTO TAUFIQ NOOR


Harian Metro

Mahaizura Abd Malik
mahaizura@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Walaupun berpanas lebih dua jam dengan mengenakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) namun berbaloi apabila hasil fotonya memuaskan seperti apa yang kami impikan," kata Azwa Nizar Anwar, 26.

Jururawat sebuah hospital di Johor Bahru, Johor itu memberi reaksi berkenaan selepas foto penggambaran 'outdoor' dia dan isteri, Nurhafizah Abdul Aziz,27, lengkap dengan PPE, tular selepas dimuat naik jurugambar, Taufiq Noor.

Menurut Azwa, idea berkenaan tercetus ketika dirinya mula ditugaskan dalam pasukan mengendalikan pesakit Covid-19 di sebuah pusat kuarantin di Johor Bahru, Mei lalu.

"Memang niat saya, kalau jumpa jodoh dalam bidang sama, saya mahu pakai PPE untuk buat kenangan hari bahagia kami.

"Alhamdulillah doa saya termakbul apabila bertemu jodoh dengan rakan setugas sekali gus memudahkan lagi saya merealisasikan hajat mengabadikan foto kenangan perkahwinan kami dalam pakaian PPE," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, mereka mengambil masa seminggu untuk mengumpul bahan dan menyediakan set lengkap PPE yang dibeli daripada platform dalam talian.

"Kami beli yang asas saja. Ada yang sudah siap dan ada dibuat sendiri seperti pelindung kasut.

"Selepas akad nikah 21 Januari lalu, kami menukar PPE dan menjalankan sesi fotografi outdoor berhampiran rumah isteri saya di Batu Pahat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Memang agak mencabar juga kerana cuaca pada ketika itu sangat terik, namun alhamdulillah, pengalaman bertugas dengan memakai PPE selama ini amat membantu kami bertahan sehingga ke akhir sesi fotografi," katanya.

Sementara itu, Nurhafizah yang juga jururawat di sebuah hospital di Johor Bahru berkata, mereka tidak menyangka idea berkenaan turut memberikan inspirasi kepada bakal mempelai lain terutama petugas kesihatan.

"Idea ini sekadar suka-suka untuk kenangan anak cucu kami apatah lagi foto outdoor berpakaian PPE ini amat unik kerana setahu kami, belum ada lagi idea ini dibuat mana-mana pengantin sebelum ini.

"Tidak sangka pula, kami menerima banyak reaksi positif, malah ada yang mahu mengabadikan kenangan hari bahagia mereka dalam pakaian PPE," katanya.

Mengulas perkenalan dengan suaminya, Nurhafizah berkata, dia bertemu dengan Azwa ketika bertugas di sebuah pusat kuarantin di Johor Bahru, Jun lalu.

"Mulanya kami hanya berkawan sebagai rakan setugas sebelum suami bertemu ibu bapa saya menyatakan hasratnya memperisterikan saya, Oktober lalu.

"Hubungan kami mendapat restu kedua-dua pihak termasuk keluarga suami di Tawau, Sabah yang turut meminta majlis pernikahan kami diteruskan tanpa kehadiran mereka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun rancangan asal, mereka sepatutnya hadir meraikan hari bahagia kami," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 1.780457 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list