CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1712|Reply: 0

[JOHOR] Tambak Johor Sesak, Sayuran Segar Malaysia Tiba Lewat Di Singapura

[Copy link]
Post time 1-2-2021 06:18 PM | Show all posts |Read mode

Kesesakan dan deretan lori membawa barang barang dari Johor memasuki Singapura melalui Tambak Johor. - NSTP/Zain Ahmed


Berita Harian

Mohamed Farid Noh
farid_noh@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Hampir 100,000 kilogram sayuran segar kini lewat dihantar memasuki pasaran Singapura berikutan kesesakan luar biasa di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura, sejak minggu lalu.

Pengerusi Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Lim Ser Kwee, berkata beliau menerima puluhan aduan daripada ahlinya berikutan bekalan sayur segar yang tiba lewat ke pasaran republik berkenaan dibimbangi menjejaskan jualan bekalan.

Katanya, hampir 100 lori membawa sayuran segar akan memasuki Singapura dari Malaysia dengan kesemuanya perlu bertolak antara jam 3 atau 4 pagi setiap hari untuk tiba antara jam 6 hingga 7 pagi di republik itu.

"Namun apabila Singapura mula memperketatkan prosedur memasuki republik itu dengan mewajibkan Ujian Rapid Antigen (RTK), kebanyakan bekalan sayuran segar kini tersasar daripada jadual untuk dijual di pasar dan pasar raya republik berkenaan.

"Jika sebelum ini proses lori kargo sayuran memasuki Singapura hanya mengambil masa antara dua setengah hingga tiga jam sahaja, namun kini sudah bertambah kepada lima jam tersangkut atas kesesakan sahaja.

"Kini lori kargo membawa sayuran ahli terpaksa bertolak selewat-lewatnya jam 12 tengah malam setiap hari bagi membolehkan bekalan sayur tiba antara jam 5 hingga 7 pagi di Singapura, " katanya ketika dihubungi.

Sejak minggu lalu, pemandu lori dari Malaysia yang membawa muatan keperluan asas ke Singapura dilaporkan berdepan kesesakan melampau di sempadan sehingga ada masanya mencecah 10 jam.

Ia bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pemandu yang tidak mempunyai akses kepada makanan, minuman dan tandas awam, selain terpaksa menunggu lama untuk proses pelepasan.

Malah ribuan ayam hidup dilaporkan mati minggu lalu berikutan tempoh proses pelepasan masuk yang lama di sempadan. Ayam berkenaan dipercayai mati akibat kepanasan dan berada keadaan sesak terlalu lama.

Sejak 22 Januari lalu, Singapura mewajibkan kesemua pemandu lori kargo dan pengiringnya yang memasuki republik itu, untuk menjalankan ujian RTK di pusat pemeriksaan Tuas dan Woodlands.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI), langkah baharu di sempadan itu bertujuan menguruskan kenaikan risiko terhadap kes import COVID-19.

Sementara itu, tinjauan di Tambak Johor hari ini mendapati kesesakan sejauh hampir dua kilometer di situ, dengan hampir semua lori kargo terhenti sepenuhnya di atas tambak berkenaan.

Pergerakan kecil lori kargo dilihat hanya sekali-sekali berlaku sepanjang tinjauan selama setengah jam di situ.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.410481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list