Santorini Melaka Memukau Mata
Sedang dunia masih berdepan dengan penularan Covid-19, namun kita bertuah berada di Malaysia yang sudah pun membuka hampir semua ekonominya. Cukuplah rasanya beberapa bulan tidak dapat keluar rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan bermula Mac lalu. Kini orang ramai sudah dibenarkan merentas negeri dan ramai yang ambil kesempatan ini untuk pergi bercuti bersama keluarga. Antara lokasi pilihan ramai adalah pulau-pulau, Melaka, Kuantan, Pulau Pinang dan banyak tempat lain lagi yang menarik dalam Malaysia. Selain dari itu, salah satu resort di Melaka ini mencuri perhatian ramai dengan suasananya yang cukup cantik dan istimewa. Terletak di Pangkalan Balak, Melaka, The Amanjena Resort ini direka dengan konsep ala-ala di Santorini. Lihat sahaja suasana sekitar resort di Melaka ini yang memiliki suasana cukup tenang dan pastinya banyak port boleh OOTD! Mungkin juga anda boleh jadikan resort ini sebagai lokasi percutian bersama yang tersayang mahu pun bersama teman-teman.
|