CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2220|Reply: 3

[MELAKA] Sektor Pelancongan Melaka Masih Bertahan

[Copy link]
Post time 30-1-2021 08:45 AM | Show all posts |Read mode

Suasana lengang di kawasan tumpuan pelancong di sekitar Bangunan Merah, Bandar Hilir, Melaka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian Covid-19. FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN


Harian Metro

Amir Mamat
am@hmetro.com.my

Ayer Keroh: Tiada pekerja dalam sektor pelancongan di Melaka yang diberhentikan kerja susulan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika ini.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, berkata setakat ini tiada rekod yang menunjukkan penutupan operasi sektor pelancongan mahupun individu hilang pekerjaan sejak PKP 2.0 dikuatkuasakan 13 Januari lalu sehingga 4 Februari ini.

Bagaimanapunya, katanya, jika terdapat pekerja sektor pelancongan yang diberhentikan, pihaknya sedia membantu dengan menawarkan peluang pekerjaan baharu dalam sektor yang sama bergantung kepada kelayakan mereka.

"PKP 2.0 ini adalah sesuatu yang kita tidak jangka, namun sehingga kini saya difahamkan kita belum berada pada tahap bahaya hingga menyebabkan ada yang hilang kerja.

"Kita yakin, situasi ini tidak akan berlarutan lama dan semua sektor yang ada masih mempunyai upaya untuk bertahan. Tetapi jika ada yang hilang sumber pendapatan dalam tempoh ini, kita akan memberi peluang pekerjaan berikutan ada banyak projek pelancongan baharu sedang kita usahakan ketika ini," katanya pada sidang media di Taman Tasik Utama, di sini hari ini.

Muhammad Jailani berkata, Melaka yang juga negeri pelancongan negara sangat bernasib baik kerana semua agensi pelancongan di negeri ini mengamalkan dasar simpanan rizab sendiri, sekali gus membolehkan mereka terus bertahan dalam tempoh sukar.

Katanya, ia menjadi dasar kerajaan negeri yang mensyaratkan semua agensi pelancongan membuat rizab daripada hasil pendapatan sebelum ini.

"Langkah itu sangat membantu kita untuk bertahan sepanjang sektor pelancongan ditutup pada PKP pertama dan PKP 2.0.

"Pada masa sama, kita akan terus mencari pelaburan baharu melalui kerjasama syarikat swasta bagi membolehkan kita membangunkan produk pelancongan terkini yang mampu menarik kehadiran pelancong ke Melaka," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Love melaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenang okay
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila boleh melawat ke melaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 1.047779 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list