Rumah agam Stallone di Beverly Hill yang ingin dijual.
FMT
Baru-baru ini, bintang Hollywood Sylvester Stallone ingin menjual rumah mewahnya yang berada di kawasan Beverly Hills Park, Los Angeles, Amerika Syarikat dengan harga 130 juta dollar AS.
Aktor yang membintangi filem “Rocky” dan “Rambo” itu membeli tanah seluas 3.5 hektar pada 1990-an dan kemudian membina rumah seluas 1.950 meter persegi dengan nilai 125,000 dollar AS.
Rumah mewah itu memiliki lapan bilik tidur dan 12 bilik mandi, dengan perpustakaan dan ruang kerja yang luas. Dinding dapur dan ruang makan dilukis tangan (hand-painted).
Stallone juga mempamerkan barangan Rocky di dalam rumah tersebut. Terdapat juga patung Rocky dengan pose kemenangan yang berada di tepi jendela. Namun, ada kemungkinan barangan tersebut tidak disertakan dalam penjualan rumah itu.
Rumah tersebut memiliki pemandangan yang cukup indah dan sekitarnya terdapat lapangan golf dan kolam renang.
Terdapat juga rumah tetamu dengan dua bilik tidur, dan “wing” yang luas.
Rumah agam itu bersebelahan dengan bekas rumah Sumner Redstone dan memiliki jalan masuk yang panjang disertai pagar.
Malah, jirannya juga terdiri daripada Denzel Washington, Justin Bieber dan Hailey Baldwin, Eddie Murphy, Rod Stewart, dan Mark Wahlberg.
Akhir tahun lalu, Stallone membeli tanah di tepi laut Palm Beach, Florida bernilai 35.4 juta dollar AS dan kini menetap di situ bersama isterinya bekas model, Jennifer Flavin. |