CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2187|Reply: 8

Bridgerton Penuhi Impian Dynevor

[Copy link]
Post time 13-1-2021 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Phoebe Dynevor memberikan lakonan cemerlang dalam Bridgerton.


Harian Metro

Georgie Joseph
[email protected]

SEBUAH drama terbitan Netflix berjudul Bridgerton kian menjadi kegilaan ramai sekarang sehingga menaikkan nama pelakon utamanya, Phoebe Dynevor, 25.

Drama mengenai kehidupan pada abad ke-18 itu ternyata meninggalkan impak tersendiri.

Bukan saja mendapat sambutan luar biasa dan menjadi sohor kini serta meledakkan nama Dynevor, tetapi lakonan cemerlangnya membawa watak Daphne Bridgerton turut menjadi kekuatan drama itu.

Tidak sia-sialah kesungguhannya meminati cerita bercorak begitu sejak kecil lagi. Hakikatnya, dia sangat bersyukur kerana impiannya terbabit dalam kisah era sejarah lama menjadi kenyataan.

"Saya memang sentiasa impikan untuk berlakon dalam drama sebegitu. Dapat melakonkan watak masyarakat berkelas tinggi pada era itu membuatkan saya rasa lebih seronok kerana ia lebih mewah berbanding dalam cerita Pride and Prejudice atau Sense and Sensibility," katanya.

Tidak hairan kenapa Dynevor terlalu bersyukur diberi tanggungjawab menggalas watak heroin dalam drama itu. Kisahnya menghadiri uji bakat sangat menarik apabila dia sendiri hampir hilang harapan untuk dipilih.

Pelakon kelahiran Britain itu menghadiri uji bakat pertamanya pada Februari 2019. Selepas beberapa bulan tidak mendengar sebarang perkhabaran gembira, tiba-tiba rezekinya sampai juga.

Dynevor dihubungi untuk bertemu dengan pencipta program itu, Chris Van Dusen serta penerbitnya, Betsy Beers. Seminggu kemudian, dia dipanggil untuk sesi membaca skrip sebelum bertemu pengarah terkenal, Shonda Rhimes.

"Pada keesokannya saya ditawarkan watak itu. Kami melakukan persiapan selama enam minggu secara intensif daripada mencuba kostum sehinggalah belajar kelas etika. Saat itu, barulah saya sedar betapa gahnya produksi terbabit.

"Selepas itu jadual untuk saya pula menyusul. Antara yang saya ingat termasuk menunggang kuda, belajar bermain piano dan latihan etika. Dalam fikiran saya memang ia satu produksi yang sangat hebat," katanya.

Paling Dynover tertarik adalah bagaimana elemen mengenai kewanitaan, kepelbagaian kaum dan watak-watak tanpa diskriminasi dipaparkan dalam drama terbabit.

Menurutnya, ia bagai satu penghormatan dapat menyertai produksi yang sangat dijaga rapi itu.

"Bekerja dengan mereka, saya rasa sangat selamat sebagai seorang wanita. Saya rasa kerana saya tahu kami tidak akan diambil kesempatan dalam apa cara pun. Segala yang saya lakukan seperti ada tujuan tersendiri. Bekerja dengan Shonda yang suka melangkaui sempadan dan melakukan perkara mengujakan, saya rasa sangat selesa," katanya.

Bintang semakin meningkat naik itu yang juga anak kepada dramatis, Sally Dynevor dan penulis skrip filem, Tim Dynevor mula berlakon sejak berusia 15 tahun. Drama pertamanya berjudul Waterloo Road.

Sejak itu, dia kerap menjayakan watak kecil sebelum terbabit dalam drama terbaharunya ini. Bridgerton menjadi projek terbesar dalam kerjayanya setakat ini dan ternyata menjadi peledak namanya.

Mengambil latar belakang tahun 1813 di London, Bridgerton berkisar kehidupan penuh skandal di kota itu dalam komuniti yang dilimpahi kemewahan serta keagungan. Drama ini adalah adaptasi daripada buku tulisan Julia Quinn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2021 12:51 PM | Show all posts
dah layan sampai epi 4.. best!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2021 06:37 PM | Show all posts
Dh habis tgk..mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Best sgt ke? Scroll twitter ig semua bersepah psl Bridgerton.. Mcm tak sedap pulak tgk geng BLM jadi royalty..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sorg je ke xtgk..eh lupa da uninstalled netflix..hahha xjadi kerja kalau layan..bertabah je la diriku melawan nafsu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
iols tgh 50 50 nk layan ke x series ni. baru lepas layan the umbrella academy best jugak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Episod 1st mcm slow ckit. Ep seterusnya best
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun penat bogel tp bg iols watak dia meh..
Lg suka tgk eloise..
iols masa ep 3 da agak penelope tu lady w.. sbb event apa2 dia balik cepat.. lepas tu dia mcm xtolong eloise seach clues..
nak2 yg wedlock tu mcm mustahil lady w tu tiba2 tau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 2-2-2021 06:50 PM
Walaupun penat bogel tp bg iols watak dia meh..
Lg suka tgk eloise..
iols masa ep 3 da agak penel ...

Tu la x brp surprise sbnrnya sebab byk sgt hint.. mcm anti climax pun ye bila finally revealed Pen tu lady W..

Next season akan focus kisah anthony plak.. yummy sgt kan .. haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.080671 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list