CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1183|Reply: 0

Peminat Rajinikanth Demonstrasi Desak Bertanding Pilihan Raya Tamil Nadu - Berit

[Copy link]
Post time 11-1-2021 09:05 AM | Show all posts |Read mode

Bintang filem Tamil, Rajinikanth. - Foto AFP


BANGALORE: Peminat tegar bintang filem India, Rajinikanth akan mengadakan tunjuk perasaan esok berikutan keputusan aktor itu membatalkan perancangannya untuk menyertai politik.

Ribuan peminat Rajinikanth dijangka berhimpun di ibu kota bagi menuntut aktor itu bertanding dalam pilihan raya di negeri Tamil Nadu.

Dilaporkan ribuan peminatnya dari 38 daerah sedang menuju ke Chennai dengan menaiki bas dan kereta api bagi mendesak bintang filem itu mengubah fikirannya dan sedia bertanding dalam pilihan raya itu.

Salah seorang pengikut setia aktor itu, Rajan RS, 49 yang juga pengurus kelab peminat Rajinikanth di daerah Kanyakumari dikenali sebagai Rajini Makkal Mandram, berkata perhimpunan itu hanya akan dihadiri peminat tegar dan tidak membabitkan sebarang kekacauan kepada orang awam.

Rajan berkata, beliau akan menaiki bas ke Chennai dari Kanyakumari untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Sejak sekian lama peminat bintang filem itu menunggu dan menginginkan aktor berkenaan menyertai politik, bahkan Rajinikanth banyak menyentuh isu politik melalui filem dihasilkannya.

Terdahulu, pada 2017, aktor berusia 70 tahun itu berjanji untuk menubuhkan parti politiknya sendiri.

Pada 31 Disember tahun lalu, beliau sepatutnya mengumumkan nama parti politik baharu ditunjanginya, namun beberapa hari sebelum itu, pelakon berkenaan mengubah fikiran selepas dimasukkan ke hospital akibat darah tinggi.

Beliau mengambil keputusan untuk tidak menceburi bidang politik berikutan masalah kesihatan yang disifatkan sebagai 'amaran daripada tuhan'.

"Saya sedar keputusan ini akan mengecewakan ramai peminat... tetapi saya tidak mahu memusnahkan harapan ribuan rakyat dengan mengambil tanggungjawab yang tidak mampu untuk digalas," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keputusan itu juga diambil susulan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir dan merasakan ia bukan masa terbaik untuk berkempen di tempat awam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.348200 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list