CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1420|Reply: 1

Azam Baharu Hye Yoon - Harian Metro

[Copy link]
Post time 4-1-2021 08:57 AM | Show all posts |Read mode

Hye Yoon bakal kembali bintangi drama berjudul Snowdrop.


Georgie Joseph
twitter@georgie_joseph

ANNYEONGHASEYO! Memasuki tahun baharu, semua orang pastinya menanam azam baharu untuk menjadi insan lebih baik. Demikian juga pelakon, Kim Hye Yoon yang berazam mahu terus maju serta matang sebagai anak seni.

Walaupun bimbang juga terhadap apa yang bakal menanti di hadapan, dia bersedia untuk menempuh setiap cabaran.

Bagi Hye Yoon, tahun 2020 menjadi titik paling penting untuknya belajar daripada kesilapan lalu.

Justeru, dia ingin menjadikan pembelajaran itu sebagai panduan untuk menjalani kehidupan lebih baik.

Menurutnya, tahun ini adalah tahun paling berharga untuk diteladani serta pembuka jalan untuknya majukan diri.

"Saya ada tetapkan dalam fikiran untuk melakukan kemajuan dalam diri. Justeru, dalam memastikan saya terus bergerak ke hadapan, saya jadikan tahun ini sebagai masa untuk mengimbas semula kehidupan sebelum ini.

"Saya juga terfikir bagaimana untuk menjalani kehidupan tahun hadapan. Alangkah baiknya jika saya menjadi lebih matang lagi. Separuh rasa takut, separuh lagi teruja dan saya tidak sabar melihat kematangan diri untuk maju pada tahun depan," katanya.

Hye Yoon berkata, dia juga semakin seronok dengan sokongan tidak putus-putus daripada kelab peminatnya, Hyeppy Ending. Dia tidak menyangka sokongan diterimanya sangat telus sehingga sekarang.

Ini kerana ketika di peringkat awal memiliki kelab peminat, dia agak janggal. Bagaimanapun, dia kini berbangga menyebut nama kelab peminatnya setiap kali berada di pentas termasuk menerima anugerah.

"Nama kelab peminat saya pun baharu juga kami buat. Saya rasa di Asia Artist Awards adalah pertama kali saya menyebutnya ketika ucapan menerima anugerah. Ia rasa janggal. Memang menyebut nama kelab peminat impian saya sejak dulu.

"Sebelum ini, saya cuma mengucapkan hai kepada mereka, tapi sekarang saya sudah boleh menyebut Hyeppy Ending membuatkan kami lebih lengkap. Saya bersyukur memiliki peminat yang tidak putus-putus bersorak gembira.

"Tidak sangka, ramai yang sayang saya. Saya rasa sangat sukar untuk menyakinkan perasaan apabila membabitkan kejujuran. Bagaimanapun, itu yang peminat berikan kepada saya dan kasih sayang mereka perlu dibalas," katanya.

Dalam pada itu, Hye Yoon mengakui dia sibuk dengan aktiviti penggambaran walaupun kelihatan jarang muncul kebelakangan ini iaitu cuma membuat kemunculan khas dalam beberapa drama antaranya Record of Youth, Live On dan True Beauty.

Bagaimanapun, dia dilaporkan rancak menjayakan penggambaran sebuah filem berjudul The Girl Riding a Bulldozer. Dia juga memaklumkan bakal kembali membintangi sebuah drama pada tahun depan berjudul Snowdrop.

"Ia adalah drama terbaharu saya selepas Extraordinary You. Perasaannya sedikit berbeza. Memandangkan penonton sudah menanti lebih setahun, saya rasa akan dapat memberikan mereka sisi berbeza saya berbanding yang pernah dipamerkan sebelum ini," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2021 09:48 AM | Show all posts
tq... suka sgt  hyeyoon.. dlm skycastle dlm extra ordinary you..
sayang dlm snowdrop bukan watak utama.. tp hye  yoon tetap best!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.139849 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list