CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1936|Reply: 4

Syahrini Berusaha Dapatkan Anak - Harian Metro

[Copy link]
Post time 3-1-2021 10:18 PM | Show all posts |Read mode

Syahrini & Reino.


Jakarta: Penyanyi Indonesia, Syahrini kini memberi tumpuan untuk mendapatkan cahaya mata selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Reino Barack.

Berita itu dikongsikan adik yang juga pengurusnya, Aisyahrani dalam satu temubual bersama stesen TV.

"Itukan harapan kita semua. Kalau namanya pasangan yang sudah berumahtangga, tentunya kita semua ingin cepat ada anak," katanya.

Tambahnya, tempoh perkenalan singkat kakaknya dengan Reino juga memerlukan sedikit masa untuk mereka bercinta.

"Sebelum ini, mereka sudah maklumkan bahawa ingin bercinta dahulu kerana tempoh mereka bercinta juga sangat singkat," katanya.

Aisyahrani juga memohon supaya peminat-peminat kakaknya mendoakan agar Syahrini dan Reino dikurniakan cahaya mata.

"Kalau sekarang, mereka beri tumpuan untuk mendapatkan cahaya mata, jadi doakan saja," katanya.

Perkahwinan Syahrini sebelum ini mengejutkan banyak pihak kerana rata-rata peminat sedia maklum bahawa Reino sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon, Luna Maya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe, jangan sampai obses nak anak sampai diri sendiri tertekan. Just enjoy the moment
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga di permudahkan buat incess.. Tp duit banyak incess, cpt2 lah buat ivf.. Umur pon dah meningkat. I teringin nak tengok anak incess hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck Incess
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2021 04:58 PM | Show all posts
Show pun tak banyak time covid19 bolehlah tumpu pada urusan peribadi pula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.388976 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list