Hamidin menyeru semua penggiat bola sepak sentiasa bersatu dan membina perpaduan yang kukuh. FOTO Ihsan FAM
Firdaus Hashim
[email protected]
Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengucapkan selamat menyambut Hari Natal kepada yang menyambutnya terutama buat peminat bola sepak negara.
Katanya, Malaysia yang memiliki pelbagai kaum menjadikan negara ini unik dan istimewa.
Beliau menyeru semua penggiat bola sepak sentiasa bersatu dan membina perpaduan yang kukuh antara kita.
"Seperti mana perayaan lain yang disambut di negara ini, Hari Natal membuktikan Malaysia yang unik, bersatu-padu dan teguh.
"Semoga perayaan ini dapat terus menguatkan semangat perpaduan dan saling menghormati antara kita terutama dalam situasi yang tidak menentu ini, kita terus teguh dalam memerangi pandemik Covid-19.
"Sekali lagi saya ucapkan, Selamat Hari Natal buat semua" katanya. |