View: 1151|Reply: 0
|
TFC Ikat Arif Dua Tahun -Harian Metro
[Copy link]
|
|
Malik Muhamad
[email protected]
Kuala Terengganu: Bekas pemain UiTM FC, Muhamad Arif Mohamed Anwar menjadi ahli keluarga baharu Terengganu FC (TFC) apabila diikat pasukan itu hari ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan media rasmi Terengganu Football Club Sdn Bhd, pemain kelahiran Gombak, Selangor itu menjadi pemain keempat dirantai skuad Penyu itu bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan.
"Selepas menyinar bersama UiTM FC musim ini, Muhamad Arif kini sah menjadi milik TFC musim depan dengan kontrak selama dua tahun.
"Jaringan akrobatik pemain itu yang juga gol kemenangan pasukannya ketika menumpaskan Kelantan 3-2 untuk layak buat kali pertama dalam sejarah beraksi di suku akhir Piala Malaysia musim ini berjaya menaikkan namanya.
"Bekas pemain skuad kebangsaan bawah 23 Tahun itu dilihat lebih selesa dan menonjol di bahagian sayap serta kerap membarisi kesebelasan utama bekas pasukannya.
"Kehadiran Muhamad Arif dijangka mampu memberikan lebih pilihan dan cabaran hebat kepada pemain sedia ada bagi mengisi kekosongan posisi itu yang sebelum ini menjadi milik pemain kelahiran Singapura, Muhammad Faris Ramli dan D Saarvindran.
"Tertarik dengan gaya permainan bola sepak moden yang diterapkan jurulatih, Nafuzi Zain mendorong pemain itu berhijrah ke Pantai Timur selain teruja beraksi dengan TFC," menurut kenyataan itu.
Musim ini pemain yang memulakan kariernya bersama pasukan Harimau Muda itu meledak satu gol dalam saingan Liga Super dan dua jaringan Piala Malaysia. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|