CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4611|Reply: 20

Aku sedih sebab aku jadi semakin takut dengan orang sekeliling

[Copy link]
Post time 24-7-2020 05:59 AM | Show all posts |Read mode
Mungkin ada yang tak rasa betapa pedihnya aku rasa dan aku dah semakin takut dengan orang sekeliling. Banyak kenangan manis aku ada kat sekolah, aku join persatuan pengakap, aku juga amat suka dalam bidang muzik. Aku banyak best friends kat sekolah. Dalam berkawan, aku tak memilih kawan tu siapa walaupun aku ramai kawan2 Melayu, aku juga ada best friends kawan Cina dan India. Aku pernah kena ejek yang aku jenis poyo suka berkawan dengan orang poyo. Aku tak memilih siapa agama dan bangsa dia untuk berkawan. Kalau orang tu baik, aku suka berkawan dengan dia.
Cita2 pertama aku masa aku darjah satu ialah nak jadi askar atau polis. Aku tak pernah faham maksud cita2 aku tu lepas meningkat dewasa. Aku malu sebab dalam buku rekod sekolah darjah 2 ada tulis cita2 aku nak jadi askar. Baru aku tau , benda tu tak mungkin terjadi. Aku x boleh jadi askar atau polis. Aku sayangkan negara Malaysia sebab di sinilah aku membesar. Di sinilah tempat kawan2 best friends aku jumpa. Kat sinilah aku share sedih duka dengan kawan. Aku punya identiti ialah di Malaysia.

Dulu mak ayah aku selalu pesan belajar rajin2 sebab itulah kekuatan yang kita ada untuk masa depan. Belajar kerana ilmu dan guna ilmu untuk bekerja. Mak ayah aku sangat pentingkan anak belajar walaupun aku cuba cari kerja kilang untuk pegang duit sendiri masa aku sekolah menengah. Mak ayah aku tak nak aku hilang fokus dalam pelajaran. Ayah mak aku meniaga sampai lewat malam kerana nak tanggung pelajaran kamii adik beradik. Aku memang seorang pelajar terbaik di university.

Aku masih ingat lagi masa aku tingkatan 3... mak ayah aku penah putus harapan untuk aku berhenti belajar sebab orang sekeliling bagitau mak ayah aku yg belajar tinggi mana pon tetap anak kau takkan senang dapat kerja sebab dia memang tak layak. Masa tu aku menangis ayah aku suruh berhenti belajar dan tolong berniaga. Tapi sebab aku minat dengan belajar, aku berjanji dengan ayah.. yang aku akan dapat kerja dan akan tolong mak ayah. Ayah aku beri aku peluang sampai aku masuk university.
Aku ada minat yang tinggi dalam hobby yang tak pernah dan orang takut untuk ceburi. Benda ni la kekuatan yang aku ada. Masa aku di universiti, aku menggunakan kepakaran aku untuk bekerja part time sambil bayar duit pelajaran sendiri sebab aku tak layak terima bantuan PTPTN untuk belajar di IPT.  Aku tak sanggup tengok mak ayah aku meniaga lewat malam. Aku diberi kepercayaan yang tinggi oleh beberapa 'orang tinggi' untuk mengharumkan nama Malaysia. Tapi orang tinggi tersebut tak tau yang aku ni status yang rendah. Aku memang bercita2 tinggi untuk harumkan nama Malaysia dalam bidang yang aku ceburi.

[ Pendekkan cerita... akan datang ]

Bila aku meningkat dewasa, aku jadi semakin takut dengan orang sekeliling kerana status aku. Aku ada masalah anxiety yang tinggi bila berhadapan dengan orang disebabkan status aku ni. Di sosial media, aku dianggap seperti sampah.. aku takut keluar dari rumah. Aku seperti orang yang tak berguna. Tapi aku cuba melawan emosi ni kerana ianya sangat pedih. Aku harap masyarakat boleh terima aku.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2020 06:50 AM | Show all posts
Mental heath n anxiety ni mmg masalah yang x boleh diabaikan.
Tp... TT, pada pendapat saya, thread ni kurang sesuai berada di sini sbb ni lebih kepada masalah peribadi dan bukan isu semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
whoareyousss? retis gred berape ko ni dekk? sendu sangat sampai kena claim anxiety bagai nak buat jadi gosip?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 07:31 AM | Show all posts
oohh dh tu kita semua kay sini nk kena mggelabah teksssss ke tak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Please move ke thread luahan perasaan ye tt..request dgn mod.

Back to your story, u nak cerita apa sebenarnya? Tulis panjang2, main point tak dapat. U nak cakap ur parents/u sendiri bukan Malaysian ke? Pati? Pemohon suaka? Cuba jelaskan sikit.

Apapun mental health is a big issue. Klu rasa boleh kawal sendiri, kuatkan akal & diri, jgn give up. Klu rasa tak boleh sgt dah, seek for help. Ramai yg boleh bantu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
haqim rosli ke ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
sokmogitu replied at 23-7-2020 11:32 PM
haqim rosli ke ni?

heshe seorang pelajar terbaik di university ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 08:04 AM | Show all posts
xfaham apa yg tt nak sbnrnya..
u indon ke? apa mslh u..apahal pulak u dianggap sampah kt med soc? u artis yg kena cyber bully ke..
u cakap u best student kan..so skrg kerja or study lg..
ape mslh u ni..

kalau student tip top masa kt u..mostly kerja elok2..xsemua la huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2020 08:14 AM | Show all posts
KAU SAMPAH KAN Juga mereka ituewww
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku masih menanti update,tp hampa.cerita ta lgkap,awk oku ke?apa maksud,xkn mgkin jd askar?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak paham la sis
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 09:51 AM | Show all posts
tak faham cerita tt.. jadi apa masalah nya sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sunshine2018 replied at 24-7-2020 08:04 AM
xfaham apa yg tt nak sbnrnya..
u indon ke? apa mslh u..apahal pulak u dianggap sampah kt med soc? u ...

Blh tahan juga dik sunshine berforum. Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 10:14 AM | Show all posts
Normabaru replied at 24-7-2020 09:59 AM
Blh tahan juga dik sunshine berforum. Hehehe

sambil2 wfh ni sis..biasa i x rajin pun nak reply..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sunshine2018 replied at 24-7-2020 10:14 AM
sambil2 wfh ni sis..biasa i x rajin pun nak reply..

Xpe.. Bykkan membaca isu semasa dlm ni pon bagus juga.. Sesambil tu bkak manual kete. Jgn lupa taw
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2020 10:19 AM | Show all posts
Normabaru replied at 24-7-2020 10:16 AM
Xpe.. Bykkan membaca isu semasa dlm ni pon bagus juga.. Sesambil tu bkak manual kete. Jgn lupa taw ...

alright sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 24-7-2020 08:14 AM
KAU SAMPAH KAN Juga mereka ituewww

hahaha. sy setuju yg ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2020 02:21 PM | Show all posts
dik faili .. serius hakak tak paham apa masalah kau sebenarnya walau dah baca berkali2 utk mencari point yg sebenar ... masalah dlm relationship ke, pelajaran ke, keluarga ke, anxiety ke atau masalah kau sebenarnya adalah masalah meluahkan masalah?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Urm TT,
Maaf tapi saya tak faham. Mohon cerita dengan lebih terperinci sikit. Banyak sangat persoalan yang bermain dalam fikiran. Contohnya,
-apa yang TT maksudkan dengan orang tinggi? Adakah orang-orang politik? Atau artis? Atau instafamous?
-status apa yang TT katakan ni?
-apa yang buat anxiety TT menjadi-jadi? Selalu dikutukkah? Atau malu dipuji?

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2020 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak blh tido hari ni....

Meh aku layan thread kau..
Baik kau tackle presiden persatuan rohingya tu, Zafar Ahmad ke apa nama dia...pastu kau ajak dia balik ke mynmar.....hidup kat sana....jgn mnyemak kat sini....

Kat sini susah nk dpt keja....amk tempatan pun ramai yg menganggur....kat sana dah tak perangg dah.....aman damai je.....apa lah yg kau hadap lg nk dok sini....tak best pun.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.459037 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list