View: 20954|Reply: 27
|
Tips Tricks berkesan Cara Jimat Data Internet
[Copy link]
|
|
Edited by trunks at 30-5-2020 06:20 PM
Cara jimat data internet ok? Ramai yang mendahagakan tips cara jimat kuota internet kerana tidak sanggup membayar bil bulanan internet yang tinggi.
Segelintir besar pengguna telefon pintar mengadu kuota internetnya habis dalam tempoh yang sangat singkat. Sedangkan baru sahaja beberapa hari melanggan pakej data tersebut daripada syarikat telekomunikasi masing-masing.
Tidak kurang juga yang merasakan dirinya ditipu oleh penyedia perkhidmatan internet (ISP) kerana meskipun penggunaan internet yang tidak kerap, kuota masih cepat sangat habis!
Realitinya, wujud fungsi dan penetapan (setting) di dalam telefon pintar yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku. Cuma anda sahaja yang tidak sedar.
Touch Zombi akan berkongsi 6 tips untuk membantu anda mengatasi masalah ini.
1. Matikan kemaskini aplikasi secara automatik (auto-update) di Play Store
Secara umumnya, peranti baru dibeli yang menggunakan sistem operasi Android telah menetapkan kemaskini aplikasi secara automatik pada Play Store
Apakah maksud kenyataan di atas?
Sebagai contoh, sekiranya anda memasang aplikasi Whatsapp di dalam peranti anda, setiap kali Whatsapp mengeluarkan versi terbaru, secara automatik peranti akan menjalankan proses kemaskini tanpa meminta kebenaran daripada anda.
Ya, anda tidak silap dengar - kemaskini berjalan tanpa kebenaran! Tiada popup yang timbul bagi meminta keizinin anda untuk melakukan kemaskini.
Fungsi kemaskini sudah semestinya menggunakan sebahagian besar (bergantung kepada jenis aplikasi) daripada kuota yang telah ditetapkan oleh ISP anda. Bagi mematikan fungi ini, lihat gambar di bawah.
| Play Store ➤ Settings ➤ Auto-update apps ➤ Do not auto-update apps |
2. Kurangkan aplikasi yang menggunakan data di belakang tabir (background data)Sila perhatikan pada Settings ➤ Data Usage. Di sini anda akan dapat lihat secara keseluruhan aplikasi yang merompak kuota internet anda dalam diam.
Mungkin ada daripada kalangan pembaca yang terkejut melihat penggunaan data yang begitu banyak oleh aplikasi yang jarang-jarang atau langsung tidak pernah digunakan.
Itu perkara biasa. Memang wujud aplikasi parasit seperti ini tidak kira di Android mahupun iOS.
Untuk membunuh parasit-parasit ini adalah sangat mudah. Pilih aplikasi tersebut dan kemudian, tanda kotak "Restrict background data"
Sekiranya anda mahu membenarkan kembali penggunaan data oleh aplikasi tersebut pada masa hadapan, hilangkan tanda pada kotak tadi.
3. Gunakan pelayar (browser) yang jimat dataPelbagai pelayar internet khas untuk telefon pintar dan tablet yang telah dibangunkan oleh orang perseorangan mahupun organisasi.
Jika hendak disenaraikan satu persatu, artikel ini akan menjadi sangat panjang.
Setiap pelayar yang dibangunkan mempunyai fungsi dan kelebihan masing-masing. Sebagai contoh wujud pelayar yang menyokong flash, menyekat iklan di laman web dan bermacam lagi.
Touch Zombi menyarankan pemasangan pelayan internet UC Browser pada peranti anda.
Selain didatangkan dengan pelbagai fungsi menarik seperti "Night Mode" dan "Ads Blocker", UC Browser juga sangat membantu dari segi penjimatan data.
| UC Browser boleh didapati di Play Store | Saranan lain adalah pelayar internet yang dibangunkan oleh syarikat yang sudah lama berkecimpung di dalam bidang ini (semenjak sebelum telefon pintar diperkenalkan) - Opera.
| Lakukan carian di Play Store dengan kata kunci 'Opera Mini' | 4. Tukar kepada rangkaian 2G jika hanya menggunakan aplikasi pesanan sosialMajoriti telefon pintar pada masa kini menyokong rangkaian 2G//GSM dan 3G//WDCMA.
Di masa yang akan datang pula, kita bakal lihat 4G//LTE akan menjadi komponen wajib bagi setiap peranti pintar yang dihasilkan di pasaran.
Buktinya anda boleh lihat sendiri sekarang. Xiaomi Redmi 2, Samsung Galaxy Note 5, Lenovo K3 Note, Sony Xperia Z3 - semua peranti ini menyokong rangkaian 4G
Tidak kira peranti anda menyokong 3G atau 4G, sekiranya anda hanya ingin menggunakan aplikasi pesanan sosial seperti Whatsapp dan Wechat, cukuplah sekadar mengaktifkan 2G.
Bagaimana bertukar kepada mod rangkaian 2G?
| Settings ➤ More... ➤ Mobile networks ➤ 2G // GSM |
Tips ini boleh dikatakan serampang dua mata, kerana bukan sahaja dapat menjimatkan kuota internet anda, malah memberi kesan langsung terhadap penjimatan bateri!
5. Tutup fungsi muat turun media secara automatik (media auto-download) pada WhatsappPernah makan nasi lemak tanpa sambal? Rasa tak sedap kan? Rasa macam tidak lengkap.
Begitu juga kita boleh umpamakan telefon pintar dan Whatsapp. Aplikasi yang wajib dipasang sebaik sahaja anda memperoleh peranti pintar baru, Kalau tiada, rasa macam kehilangan sesuatu.
Kesilapan ramai pengguna Whatsapp adalah tidak menutup fungsi "Media auto-dowload". Apa yang terjadi adalah gambar, video dan audio dimuat turun secara automatik ke galeri anda.
Memang tidak hairanlah kuota internet cepat habis! Memori telefon pun boleh penuh!
Ikuti langkah di bawah bagi mengatasi masalah ini.
| Whatsapp ➤ Settings ➤ Chats and Calls ➤ Media auto-download ➤ Nyah-tanda pada semua kotak | 6. Kurangkan menonton (streaming) videoMultimedia berbentuk video adalah lebih menarik daripada membaca teks beribu patah perkataan. Setuju?
Namun hakikat pahit yang harus anda telan adalah menonton video menggunakan 95% data yang lebih besar berbanding membaca teks.
Anda boleh menerima atau menonton video daripada pelbagai medium seperti Whatsapp, Youtube, Facebook dan sebagainya.
Hadkan diri anda daripada menonton video secara berlebihan. Muat turun video yang penting dan mendatangkan manfaat sahaja. Hiburan berlebihan juga boleh mendatangkan mudarat.
Jika tidak boleh tahan sangat, muat turun video siap-siap di kawasan yang menyediakan perkhidmatan WIFI unlimited. Seperti di kolej, tempat kerja, kedai mamak
sumber
Mahu Jimatkan Data? Boleh Ikuti Langkah-Langkah Mudah Ini
Penggunaan data dalam kalangan pengguna semakin lama semakin meningkat. Tiada masalah jika anda sentiasa mempunyai akses kepada WiFi atau data tanpa had. Namun bagi yang terikat dengan kuota, beberapa langkah mungkin boleh menjimatkannya.
1. Tetapkan had penggunaan data pada peranti Android anda
Ia merupakan langkah paling mudah untuk digunakan. Tetapan boleh dibuat pada bahagian Settings > Network & Internet >Data Usage > Set data limit dan tetapkan had data. Sekiranya anda gunakan data melebih kapasiti yang ditetapkan, peranti akan menyahaktifkan fungsi data mudah alih.
Pada bahagian tetapan itu juga terdapat Data Saver, dimana ia menghalang aplikasi yang anda pilih dari menghantar dan menerima data secara latarbelakang.
2. Gunakan Data Saver pada Chrome
Rata-rata pengguna gemar menggunakan Google Chrome sebagai aplikasi pelayar. Chrome tersedia dengan ciri Data Saver yang apabila diaktifkan, semua trafik akan melalui proxy yang dijalankan oleh Google.
Data anda akan dimampatkan dan dioptimumkan sebelum dihantar ke dalam peranti. Ia dijanjikan dengan 60% penjimatan data dan juga mempercepatkan akses kepada halaman tanpa perubahan signifikan dalam kandungan web tersebut.
Untuk menetapkannya, buka Chrome, tekan titik tiga bertindih diatas kanan, pilih Settings, dan tekan Data Saver.
3. Kemaskini aplikasi dan peranti hanya menggunakan WiFi
Anda mungkin kerap kali terlihat aplikasi pada peranti dikemaskini oleh Google PlayStore secara automatik. Untuk jimat pastinya anda mahu gunakan WiFi.
Untuk matikan fungsi kemaskini automatik Google PlayStore, buka aplikasi itu, pergi ke ikon tiga baris bertindih, Settings > Auto-update apps dan pilih Auto-update apps over WiFi only.
Terdapat juga pilihan Dont auto-update apps, tetapi ia tidak digalakkan kerana anda mungkin terlupa untuk mengemaskini aplikasi secara manual.
4. Kurangkan perkhidmatan penstriman
Penstriman video dan muzik banyak menggunakan data dan sekiranya anda tidak mempunyai data tanpa had serta wifi, boleh kurangkan aktiviti menstrim secara dalam talian.
Kebanyakkan aplikasi penstriman seperti Netflix, Spotify, Apple Music dan lain-lain mempunyai ciri muat turun kandungan bagi kegunaan diluar talian untuk menjimatkan data anda.
5. Jimat data ketika menggunakan YouTube
YouTube mempunyai ciri muat turun untuk vide0. Anda boleh gunakan WiFi untuk muat turun video terlebih dahulu dan ia boleh ditonton secara luar talian dalam masa 29 hari.
Selepas itu anda memerlukan sambungan kepada rangkaian untuk memastikan video yang disimpan itu masih berada dalam ruang simpanan.
Selain itu anda juga boleh mengehadkan penggunaan data pada aplikasi YouTube dengan cara pergi ke bahagian Settings > General dan pada Limit mobile data usage tetapkan penstriman video HD ketika sambungan WiFi sahaja.
6. Jimatkan data ketika menggunakan aplikasi Google Maps
Sebelum memulakan perjalanan, anda boleh memuat turun peta dari Google Maps ke dalam telefon pintar. Ia juga berguna apabila kawasan yang dituju itu tidak mempunyai liputan telco yang anda gunakan. Cara memuat turun boleh rujuk disini.
7. Jimatkan data ketika menggunakan Facebook
Facebook mempunyai ciri memainkan video secara automatik pada newsfeed. Untuk itu, anda boleh mematikan ciri tersebut dengan cara pergi ke simbol tiga titik bertindih diatas kanan, seterusnya tekan Settings & Privacy > Settings > Media and Contacts > Autoplay.
Aplikasi ini turut mempunyai ciri Data Saver, apabila diaktifkan ia akan mengurangkan kualiti imej dan turut menyekat video dari dimainkan secara automatik.
8. Jimatkan data ketika menggunakan Instagram
Secara default, Instagram memuatkan video terlebih dahulu supaya ia bermula dengan lebih pantas. Jika anda ingin mengurangkan jumlah data selular yang digunakan, anda boleh menukar tetapan itu.
Pergi ke Instagram Profile > Settings > Account> Cellular Data Use > Use Less Data. Tetapi harus diingat, ia akan menjejaskan pengalaman anda menggunakan aplikasi. Seperti contoh foto dan video mengambil sedikit masa untuk load.
Jadi bagi anda yang melanggan data mudah alih tetapi terhad kepada kuota, cara-cara diatas boleh dilaksanakan untuk menjimatkan lagi data internet anda.
----------------------
korang yang guna data yang ada quota tu
bolehlah cuba,sebab saya guna unlimited kuota
takla pening nak jaga2 ni semua.bosan hehe
selamat mencuba
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus ni TT TQ
The first half of the article, no. 1, 2 & 5 mmg dah apply. Yg night shield tu mmg dah sedia ada fungsi kat fon (walaupun fon aku ni fon mur je).
Yg 2nd half tu, tips no 2 & 3 mmg dah apply. Part streaming video ni x applicable ngat sbb biasa stream kt rmh. Tp berminat nk tau hat no. 6 psl Google maps tu, kata ada cara nak muat turun tp xde link lak TT.
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba search kat google play ada tak hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
my tips beli pakej unlimited pakai vpn or proxy. ada masa menjadi trick ni , ada masa kena capped speed terus. |
|
|
|
|
|
|
|
cara ni serabut kepala,rasanya mungkin sebab provider detect
lepas tu block mana2..
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks replied at 31-5-2020 02:59 PM
cara ni serabut kepala,rasanya mungkin sebab provider detect
lepas tu block mana2..
Ada dua jenis satu yg mcm internet trick jual kt shopee. Yang tu dia curi line telco. Telco ada line sendiri untuk staf, dan special customer. Jadi dia org trick sbg staf dan guna internet dan jual kt shopee.
Yang kedua ni unlimited data plan .unlimited data plan xbermaksud unlimited speed . Sampai satu kouta akan cap speed kelajuan internet. Pakai vpn boleh je kekalkan kelajuan asal. Teknik ni xberjaya telco YES. Sebab dia org buat deep packet inspection. Data masuk vpn pun dia org blh baca.
Kalau dh kena block tunggu je renew monthly.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
iols pakai prepaid utk tepon.. kalau data habes, samada iols tambah atopon tak pakai tenet langsung. skang ni kat umah sewa, pakai waifai.. bkn iols yg bayar, jadi iols taktau baper limit.
membantu ke cara iols?
hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
haha eh membantu juga ni..sebab kawan saya pun
dia guna wifi saja di rumah ,abah dia bayar kan haha
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo kat rumah ada coverage fiber..korang subscribe jek fiber sbb unlimited...lgk plak skang bukkannya kuar rumah sgt..kalo jenis selalu kt luar n tmpt takde fiber coverage,mmg kita pikir la trick2 ni..lgk satu kalo korang leh kenal pattern usage korang...apa apps yg bese korang pakai..baper jam...korang bua analysis pakej and telco mana nak pakai... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
boleh try |
|
|
|
|
|
|
|
kan hehe..boleh tu.tak rugi tu cuba,apa salahnya
untuk kita juga alert jimat data
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan pakai internet, jimat lah data internet itu. |
|
|
|
|
|
|
|
haha cadangan sangat baik ni
nak lagi sedap, guna handphone cikai 70rm tu
jangan guna smartphone
|
|
|
|
|
|
|
|
trunks skrng maxis ada offer RM 130 4G, home internet. boleh tengok kt official website maxis. |
|
|
|
|
|
|
|
haah yang ni, check dulu maxis lock tak location dekat tower berdekatan. kalau lock tak payah xberbaloi. celcom dia lock position untuk pakej xsilap rm 150.
cuma yang ni xtahu berapa data cap speed. mesti ada punya
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih, ini sangat berguna |
|
|
|
|
|
|
|
Masaalah aku bukan nak jimat.. sebab kat area alor gajah ni line Celcom macam musibat.. bagi ler data infiniti pun memang takde makna.. |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..apa yang ok sana? kalau Tm net streamyx 8mbps ok juga
bolehlah laju juga dan stabil,sebab guna cable di rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini klu nak stabil unifi la.. bukan yang mobile yang rumah punya.. so sekarang tunggu contract habis memang akan downgrade package yg 38 tu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|