View: 4594|Reply: 11
|
Lelaki SILAP dipenjara dapat pampasan RM19.8 juta
[Copy link]
|
|
CANBERRA: Seorang pakar ekonomi yang tersilap dipenjara hampir dua dekad kerana pembunuhan seorang pegawai polis kanan diberi pampasan lebih A$7 juta (RM19.8 juta) semalam.

Bekas kakitangan awam itu, David Eastman dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh pegawai Polis Persekutuan Australia Colin Winchester pada 1995.
Eastman, 74, yang berulang kali menegaskan dia tidak bersalah dan memfailkan beberapa rayuan, akhirnya dibebaskan pada 2014 selepas sabitan akhirnya dibatalkan.
Dia menuntut pampasan sekurang-kurangnya A$18 juta (RM50.9 juta) daripada kerajaan Ibu Negara Wilayah Persekutuan Australia (ACT) di Mahkamah Agung.
Eastman dalam tuntutannya sebelum ini memberitahu mahkamah, dia bukan saja hilang peluang mendirikan keluarga dan mencapai cita-citanya, malah ibu dan beberapa adik-beradiknya juga meninggal dunia sepanjang dia dipenjarakan.
Mahkamah diberitahu, dia juga menyaksikan pembunuhan ketika penahanannya, selain masih mengalami masalah penglihatan pada sebelah mata selepas diserang seorang banduan lain pada 2006.
Peguamnya Sam Tierney memberitahu media di luar mahkamah, anak guamnya ‘amat gembira’ dengan keputusan berkenaan.
“Sebahagian besar hidupnya musnah. Sudah pasti dia mempunyai perancangan sendiri mengenai cara membelanjakan wang pampasan ini,” katanya.
Tidak jelas sama ada kerajaan ACT akan merayu keputusan itu. Kes itu menelan belanja lebih A$30 juta (RM85 juta), lapor badan penyiar ABC.
Winchester ditembak mati ketika keluar dari keretanya berhampiran rumahnya di Canberra pada 1989. Sehingga kini pembunuhnya belum dikenal pasti.
Artikel ini disiarkan oleh hmetro pada : Selasa, 15 Oktober 2019 @ 7:27 AM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia.. 20+ tahun dok penjara.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga panjang umur. Kesiannya dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
RM 17 juta nilai 20 tahun merengkok dlm jail..
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa rasa la yg kat mesia ni .. kot kot ramai x yang tersalah penjara..?? whay depa x buat rayuan cma ni.. wow berjuta compensation kot...
anyhow... ni la pembalasan kerana culas dlm kerja.. org x bersalah di penjarakan... mmg dia x give up utk stand pendirian dia.. and nasib juge menyebelahi dia.. masa yg terbazir dek kesilapan pembuat keputusan tu x bole diundur... |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi kesianya.. Berbaloi ke 17 juta dgn segala yg dia alami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Even with RM19.8 million, dia tak boleh get back his 20 years....money can't buy time. Such a shame la this happen. |
|
|
|
|
|
|
|
duit byk pun tapi masa dahh byk berlalu,
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian dia..wpun masa tak dpt diganti dgn duit tu smoga dia hidup selesa.
btw kes kat msia ni takde yg tsilap duk penjara...lepas dari penjara byk la kot.cth kes mabuk langgar mati..yg mati tu matilah..yg drive hepi2 kat luar
|
|
|
|
|
|
|
|
still what a waste. hope dia sempat nikmati hidup |
|
|
|
|
|
|
| |
|