CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5017|Reply: 5

Fakta Keindahan Sungai Pelangi Di Colombia, Ada 5 Warna Menakjubkan!

[Copy link]
Post time 8-7-2019 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Di Colombia, terdapat destinasi pelancongan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong iaitu Caño Cristales. Persekitaran sungai tanpa gangguan arus pemodenan ini cukup mengindahkan.


Namun, lebih mengindahkan lagi tentang Caño Cristales ini adalah warna airnya yang mengalir dalam lima warna sehingga menyebabkan ia dikenali sebagai sungai pelangi.







Untuk sampai ke sini, pengunjung memerlukan sedikit usaha. Tetapi, jika anda sampai ke sana, percayalah usaha anda akan terbayar dengan keindahan semula jadi yang mengagumkan.


Berikutnya, jom kita lihat deretan gambar keindahan sungai pelangi di Colombia.




1. Sungai Pelangi terletak di pedalaman Colombia



Kredit Foto:Google




Caño Cristales atau sungai pelangi ini terletak 170 kilometer di Selatan Bogota, sebuah padang pasir terpencil di Taman Negara Sierra de La Macarena.


Sungai ini menghasilkan lima warna dari Julai hingga November atau ketika musim hujan dan kering. Warna yang memancar meliputi warna kuning, hijau, biru, hitam, dan merah.





2. Lima warna yang terdapat di sungai pelangi dipengaruhi oleh ekosistem di sekelilingnya



Kredit Foto:Google





Di sungai ini, warna yang kelihatan adalah warna merah.  Ini disebabkan oleh lumut bernama Macarenia Clavigera yang tumbuh di dasar sungai. Warna macarenia clavigera boleh berbeza-beza tergantung kepada masa dan jumlah cahaya matahari yang diterimanya.


Ia juga boleh berubah ke warna magenta, merah terang atau ungu.








Bagi warna lain pula, warna biru dari perairan sungai, batu hitam, dan hijau dari tumbuh-tumbuhan serta  kuning dari alga (rumpai air).



3.  Keindahannya baru diketahui tahun 2000-an



Kredit Foto:Google





Pada abad ke-20, terdapat perang antara pemerintah dan peniaga dadah dan askar gerila Farc yang menyebabkan padang gurun ini menjadi tempat berbahaya untuk dikunjungi. Malah, dari 1989 hingga 2009, kawasan terpencil ini ditutup kepada orang ramai.


Tetapi, pada 1989 seorang wartawan Colombia bernama Andrés Hurtado García naik ke hutan terpencil ini dan tanpa disangka-sangka, dia menemui sungai pelangi. Pada tahun 2016, setelah keadaan menjadi stabil, hutan ini mula dibuka untuk pelancongan.




4. Tiada haiwan berbahaya di sungai pelangi



Kredit Foto:Google





Keadaan alam menjadikan batu-batu terhakis untuk membentuk kolam semula jadi di dasar sungai. Airnya yang jernih serta tumbuhan yang tidak menutupinya membuatkan pengunjung suka berenang di kolam ini.





Kredit Foto:Google






Kredit Foto:Google





Malah, yang menambah ketenangan di sungai ini adalah tiada binatang berbahaya, cuma amfibia dan reptilia sahaja berkeliaran di sekitar sungai ini.




5. Perjalanan yang panjang ke sungai pelangi



Kredit Foto:Google





Sungai pelangi terletak di padang gurun yang jauh, jadi untuk sampai ke sini, pengunjung terpaksa melalui proses yang sedikit sukar. Tempat yang tepat untuk memulakan perjalanan adalah di bandar Villavicencio.


Kemudian, teruskan perjalanan dengan menaiki pesawat selama sejam dan mendarat di La Macarena di tebing Sungai Guayabero.


Seterusnya, perjalan dilanjutkan dengan menaiki bot sejauh beberapa kilometer untuk sampai ke taman negara. Di sana, ada trak yang menunggu untuk menuju ke sungai pelangi ini.


Wah! Penuh cabaran juga untuk sampai ke sini. Bagi anda yang sukakan sedikit cabaran dan cintakan keindahan alam semula jadi seperti ini, atau tujuan fotografi anda, mungkin ini destinasi yang tepat. - CARI


SUMBER : ATLAS OBSCURA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
{:childlike
{:childlike
Cantiknyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Siyesly tengok je pon dh rasa nyaman.. rasa mcm nk terjun dlm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
subhanallah indah sungguh ciptaan Allah.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2019 11:56 AM | Show all posts
cantik.. kalau kat malaysia ada kan best..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2019 11:23 PM | Show all posts
kalau ada kat malaysia, takut warna warni sebab sampah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055550 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list