CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 22630|Reply: 54

[Pelbagai] ZIARAH-MENZIARAHI...

[Copy link]
Post time 18-6-2019 05:51 AM | Show all posts |Read mode
Charger fon rosak, singgah kedai fon. Sambil tunggu fon, borak dgn lengchai ni. Dia cerita raya Cina dia tak balik sebab kampung jauh kat Johor dan Penang. Rasanya diorang ni bukan jenis ziarah ziarah ini dan cenderung sedara @ keluarga...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2019 07:50 AM | Show all posts
kalau tak silap, bagi mereka acara makan besar di petang raya yang lebih diutamakan..

bagi saya adat ziarah menziarahi di bulan Syawal
adalah satu kemestian.. memang ada je sedara mara
yang jumpa cuma setahun sekali iaitu time raya..

bila berjumpa ketara sangat perbezaannya..
ada yang semakin berumur..

kalau budak2, kejap je tengok diorang dah besar..
terasa kita pula makin tua..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi kebiasaan kita melayu ni ziarah menziarahi. Paling meriah aktiviti menziarah ni masa raya. Dari satu rumah ke satu rumah jiran dan sedara terdekat kita pegi...bukan nk makan sgt..saja nk jengah sesambil tanya kabar. Lepas tu, konvoi plak reramai ke rumah sedara jauh, dari pagi membawa ke petang. Time ni la kenal sedara jauh, sepupu sepapat yg x berapa nk rapat sgt jumpa setahun sekali je. Selain raya, masa kenduri & org sakit pun kita pegi ziarah juga.

Tapi budaya ni macam kurang dah sekarang, mcm dah x de value...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu kenapa....Pokchik hanya care tahap 1st cousin dan 2nd cousin yg rapat sahaja..baik cousin uncle...cousin auntie or cousin brother sistur..Masuk jer 3rd cousin...dah tak bother nak kenal dan ziarah.

Bila dengar pangkat keluarga sepupu sepupu aruah mak sakit atau meninggal atau buat kenduri kahwin juga sepupu sebelah bapa ....tak bother nak amik tahu. Dah rasa macam bukan sedara mara lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 09:56 AM | Show all posts
Kalau kat kg,time raya ni seronok la ziarah menziarahi sanak saudara &  jiran tetangga sebab semua bercuti balik raya & ada parents makanya xdala awkward sgt klu nk menziarah

Bila balik ke bandar ni,kadang2 sedara mara terdekat &  jiran sebelah rumah pun xsempat ziarah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 10:04 AM | Show all posts
Amalan ziarah-menziarahi dan mengadakan rumah terbuka mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam.


Makanya, org kita mmg suka amalan ziarah menzarahi lagi2 bulan raya ni..Ramai2 pakat balik kg jumpa saudara mara yang lama tak jumpa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2019 10:18 AM | Show all posts
kos nak travel johor penang pon banyak jugak kak seribulan
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 10:36 AM | Show all posts
sekarang ni dah tak macam zaman dulu masa kecik2..second and third kazen rapat sangat..now first kazen pn jarang2 berjumpa..lebih rapat dengan kawan2..jadi nk menziarah pn dah rasa segan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya ada juga orang kampung yg merantau di KL mencari rezeki tapi tak dpt balik raya sebab kos tinggi. My daughter (darjah 3) punya classmate ada ckp tak dpt balik kampung sbb ayah takde duit. Telus sgt ckpnya sbb budak lagikan.

Kalau balik kampung antara perkara2 perlu diambil kira:
1. Kos duit minyak tol
2. Duit raya (bonuslah kalau ada. Kalau takde takpe)
3. Masa perjalanan nak balik kalau both sides mmg bukan org KL. Cth Me (N9) Hubby (Perak). Kena betul2 rancang utk mengelakkan kesesakan jalan raya.
4. Jumpa saudara mara yg sethn sekali shj jumpa. Priorities pakcik makchik belah both sides, baru sepupu sepapat

Ringkasannya ikut poket juga. Kalau budget cukup, jalan jer. Tp kalau cukup2 makan kena pk lepas raya pulak. Berpada2 ketika berbelanja. Yg penting jangan berhutang. Jgn sedih tak balik raya tak jumpa saudara mara. Yg penting ingatan tulus ikhlas dan doakan yg baik2 utk semua.

p/s masih dalam mood raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 11:10 AM | Show all posts
balik kg 70% gaji dh guna untk travel, mkan2 kt kg..smpai balik di ibu kota berhuhu je dok kira ari bila nk gaji hehe..nk p jejalan jauh2 pun untk ziarah fikir bnyka kali apatah lg nk buat umah terbuka.. dok kelip2 kt umah jaa la jawab nyer

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 11:49 AM | Show all posts
Cina memang tak raya lama-lama kot, lagi-lagi yang berniaga. Tutup kedai 2, 3 hari ja. Mungkin diorang kurang berziarah sebab dah berkumpul semua waktu makan besar(?) Tapi ada jugak yang ambil kesempatan CNY untuk cuti lama, seminggu, dan dalam setahun, sekali tu ja la diorang cuti sakan.

Orang Melayu Islam kita pulak, selain adat, memang tuntutan agama kita ziarah-menziarahi...  masa rayalah peluang terbaik untuk ziarah, bulan lain pun boleh ziarah, cuma ada yang tak berkesempatan sebab tak ada cuti panjang, tak balik kampung, ada komitmen lain, kos dan masa semua kena ambil kira. agaknya itu sebab ada yang beraya sampai midnite, nak pulun berziarah ke semua rumah. tuan rumah pun menguap sambil layan tetamu.

sewajarnya kita ziarah saudara mara yang dah uzur, dah tak boleh nak jalan beraya. orang tua-tua seronok sangat kalau yang muda-muda ni datang ziarah.. tak perlu berlama-lama pun, datang jenguk sekejap pun diorang dah happy sangat. ziarah sebagai tanda ingatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg kaka ziarah menziarah ni bgs sbb dpt rapatkan silaturrahim tp zaman sekrg ni cam dah x berapa
Kaka x kata org lain kaka kata diri kaka sendiri cam raya tahun ni kaka kena take turn jaga ayah di kg so kaka mmg x jln mana2 pun dan hanya menerima kunjungan family both side dr belah ayah dan arwah ibu kaka. Raya ketiga kaka dah gerak blk kl sbb kerja belah ptg but kaka ttp sempatkan juga singgah rumah sorg makcik
Blk kl banyak juga open house kebykan adalah kwn2 yg biasa jumpa di court dan setakat hr ni kaka blm lg menziarah 1st cousin yg duduk dekat aje dgn rumah dan alasan biasa adalah letih dan xde masa walhal klu nak seribu daya dan bila xnak mmg byk dalihnya
Dan disbbkan itu anak2 kaka x kenal dgn sedara mara lain walau pun sedara dekat dan ada juga diaorg x kenal their 1st cousin belah arwah ayah diaorg disbbkan dah lama x jumpa so bila diaorg dah bsr mmg diaorg x blh nk igt muka cousins diaorg ni even klu terserempak diluar
Cuma utk blk kg bg yg kurang mampu mmg akan jd beban, kesian sgt kt golongan ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 12:06 PM | Show all posts
cina nih fokus time makan besar je rasa nya. malam tu je. maybe ada la jugak ziarah2 tu tapi bukan la macam org kita nih. sebab tengok dorg raya 1st tu pun petang dah bukak kedai.haha rajin sgt.. orang kita pun ada jugak yg kurang ziarah2 nih,maybe sbb  faktor duit, faktor masalah dalaman family ke dll.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 02:43 PM | Show all posts
abeInc replied at 18-6-2019 11:10 AM
balik kg 70% gaji dh guna untk travel, mkan2 kt kg..smpai balik di ibu kota berhuhu je dok kira ari  ...

sama situasi nya dengan aku sekarang ni..menangis di bucu katil menunggu gaji
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 03:10 PM | Show all posts
daku nak kata dah tua tak jugak..Baru 35 tahun..Tapi raya kali ni mintak ampun kalau nak di ajak berjalan..Malas na rasa..Pegi pun umah adik beradik je...Kesian jugak anak-anak tak dapat nak berjalan selalu....Ni rajin kan diri campur masyarakat taman je lah join marhaban..bahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2019 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sekarang mmg dah kurang zarah menziarahi.. tapi rumah iols mmg menjadi tumpuan setiap kali raya.. mak iols adalah cucu sulung dlm keluarga dan mmg ditatang sejak dari kecik.. so sheols mmg rapat la dengan pakcik makcik dan sedara mara nenek sheolss.

Now sheolss dah jadi yg paling tua dlm salah silah keluarga sheolss. Dats y rumah iolss jadi tumpuan.. setiap kali raya mmg meriah lah sepupu dua pupu tiga pupu dan ntah sapa2 pertalian nya dtg ziarah sheolss. Sheolss siap dpt duit raya tau. Amaun mmg cecah riban lah.

Tapinya iolss mmg tak ambil port pun nak tau apa pertalian yg dtg tu dgn mak iols.. yg iolss tau dorg tu sedara.. sementara mak iols ada ni mmg ramai yg dtg ziarah bila raya.. sok2 kalau dah tak ada tak tau lah ada ke tidak org nk dtg..

Huhu iolss kena extra effort la kot utk kenal semua sedara mara ni.. yelah nak kekalkan silaturahimm..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2019 09:10 PM | Show all posts
budaya ziarah menziarahi ptt  diamalkan semula
nak2 lg zmn skrg ni..anak2 kurang diperkenalkan
dgn sedara mara.kalau jumpa mungkin tak kenal
sbb tak tau tu siapa..anak2 kitalah sebagai pengganti
kita akan dtg.dah lah skrg ni kalau kita perhatikan kalau
anak2 org dtg ke masa kenduri bagai kurang mesrakan..jd
apa slh kita ajar anak2 kita pl.kene amalkan ziarah menziarahi
ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam supermod dan semua warga Cari... Eid Mubarak Maaf Zahir Batin.. Tahun ni iols beraya di kelana jaya sahaja.. Bersama keluarga sebelah iols.. Beza dgn tahun lepas.. Setiap tahun beraya dengan keluarga mentua.. Kebetulan tahun ini mak balik malaysia ajak beraya bersama so kami 3 beradik sepakat untuk meraikan bersama.. Dan amik keputusan beraya semua di rumah iols di kelana jaya.. Mmg raya kami shaja lah.. Raya Pertama melantak satu hari kat umah.. Layan TV.. Ujan lak tu... Mmg duk je laa umah.. Raya ke2 Pagi2 anak2 dah turun kolam mandi.. Menggagau nak g raya rumah saudara or kawan2 semua balik kampung.. Last2 ptg raya ke2 beraya kat paradigm mall je lah... Patut dpt duit raya... Ni bg duit raya kat kedai.. Raya ke3 balik seremban,. Baru lah rasa mcm raya betul.. Raya di kl mcm ni laa akibatnya.. Saudara mara semua balik kg.. Mmg x dpt ke mana.. Kebaikannya Untunglah berkumpul bersama adik beradik lain.. Itu je lah bonding yg dpt dibuat sbb kalau bukan raya.. Nak kumpul sama2 pun susah.. Moral of the story... Ziarah menziarahi ni sepatutnya kita tanamkan sebagai satu budaya yg tak Patut dilupakan oleh anak2 kita.. Dengan Zaman gadget skrg.. Kalau kita x biasakan mereka.. Xtau la generasi akan datang mcm mana dah hari raya akan diraikan.. Rindu sebenarnya nak raikan hari raya Zaman kanak2.. Semangat g umah org. Jiran2 nak raya.. Skrg ni hmmmm... Budak2 org raya pun sibuk dalam bilik main pubg.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq supermod yang sangat baik hati.. Suka bangi tacang
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2019 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Adab-adab sebelum berziarah:
- Memilih masa yang sesuai
- Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
- Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah
- Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda.
- Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. - Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

Adab semasa menziarah:
- Memberi salam dan bersalaman
- Meminta izin untuk masuk
- Memendekkan tempoh ziarah
- Mengawal pandangan
- Merendahkan suara
- Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.
- Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.
- Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

Adab selepas menziarah:
- Meminta izin apabila hendak beredar
- Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar
- Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah
- Enggan memberi salam
- Masa yang tidak bersesuaian
- Mengaibkan tuan rumah
- Mengumpat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.052530 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list